Ellie dan Joel bakal kembali menghantui emosi kita semua sekali lagi.

the-last-of-us-2

Dalam acara PlayStation Experience 2016 yang berlangsung awal pagi tadi, Sony telah mengumumkan The Last of Us Part II, sebuah sekuel yang kita nanti-nantikan sejak siri asalnya telah menyentuh jiwa kita.

Video trailer berdurasi 4 minit itu dimulakan dengan memaparkan suasana hutan yang sunyi. Kemudian ia menunjukkan seorang wanita yang sedang bermain gitar, yang akhirnya didedahkan adalah Ellie yang kini sudah dewasa. Seterusnya video menunjukkan Joel masuk ke dalam rumah tersebut dan terlihat banyak mayat bergelimpangan.

Joel menanyakan kepada Ellie tentang sama ada beliau ingin meneruskan rancangannya, dan Ellie bersumpah untuk “membunuh setiap seorang daripada mereka.”

Tiada sebarang pengumuman tarikh pelancaran atau maklumat tambahan mengenai sekuel ini. Namun, ia telah disahkan bahawa ia masih dalam pembangunan awal dan ia sedang dipaparkan dalam versi enjin studio tersebut yang terkini.

Comments

comments