Apa yang kita tahu tentang The Last of Us Part II setakat ini?

the-last-of-us-2

Awal pagi tadi, para peminat setia telah melonjak kegembiraan apabila menyaksikan video trailer The Last of Us Part II buat kali pertama. Apabila melihat sahaja video tersebut, kita dengan mudah dapat melihat bagaimana ia bakal menjadikan Ellie sebagai watak utama berbanding Joel, dan Ellie juga nampaknya memliki sebuah sifat “kebencian” yang mendalam.

Semasa panel PlayStation Experience itu, pengarah kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann telah berkongsi serba sedikit tentang game terbaru ini, yang turut dihadiri oleh Troy Baker (Joel) dan Ashley Johnson (Ellie).

The Last of Us yang pertama lebih mengetengahkan kasih sayang antara Joel dan Ellie, manakala untuk Part II ini, ia akan lebih fokus tentang kebencian, kata Druckmann. Ia bakal mengisi segala kekurangan penceritaan yang terdapat dalam siri pertamanya, dan akan menceritakan kisah yang lebih mendalam.

the-last-of-us-2

The Last of Us Part II akan berkisar pada 5 tahun selepas The Last of Us yang pertama, di mana Ellie kini berusia 19 tahun dan Ellie adalah watak utama yang pemain akan kawal. Buat masa ini, kita masih belum mengetahui siapakah yang sebenarnya Ellie ingin “bunuh setiap seorang daripada mereka”.

Menurut Druckmann, video trailer tersebut pada mulanya ingin didedahkan semasa E3 2017, namun mereka ingin menunujukkan kepada peminat apakah yang sedang mereka lakukan untuk sekuel ini.

Beliau turut memberikan komen tentang sesetengah peminat yang tidak mahu siri ini mendapat sebarang sekuel: “Kami akan melakukan yang terbaik untuk kamu. Tiada yang lebih menyayangi karakter-karakter ini berbanding kami sendiri, dan sekiranya kami tidak mempunyai idea yang baik, kami tidak akan melakukannya. Saya pernah mempunyai idea dengan karakter-karakter lain dan ia tidak rasa seperti sepatutnya. The Last of Us adalah tentang dua karakter ini.”

the-last-of-us-2

Tiada sebarang pengumuman untuk tarikh pelancaran The Last of Us Part II. Kami jangkakan, tarikh tersebut akan didedahkan semasa E3 2017 kelak.

Comments

comments