Keputusan yang telah membawa kepada terciptanya dua siri game yang cukup mengagumkan ini.

Sebelum lahirnya dua siri yang menjadi kebanggaan studio ini, Uncharted dan The Last of Us, Naughty Dog terkenal dengan siri game Crash Bandicoot dan yang kemudiannya Jak and Daxter. Selepas Crash Bandicoot menjadi kejayaan yang besar kepada Sony, penerbit itu telah mendekati pengasas Naughty Dog, Jason Rubin and Andy Gavin untuk memberikan tawaran pembelian studio tersebut.

Kedua-dua mereka ini telah memutuskan untuk menjual Naughty Dog kepada Sony, dan kata Rubin, tindakan tersebut “masuk akal”. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut pastinya bukanlah sesuatu yang mudah, dan mereka telah “menderita” mengenainya untuk beberapa ketika. Namun, Rubin telah memberitahu IGN, ia merupakan keputusan yang terbaik untuk studio itu.

“Hubungan kami dengan Sony adalah saling berkaitan, luar biasa dan mengagumkan yang pasti menguntungkan kedua-dua pihak,” kata Rubin.

“Saya fikir – mengetepikan keputusan peribadi saya – ia adalah keputusan yang tepat untuk Naughty Dog. Lihatlah di mana Naughty Dog hari ini. Sekiranya bergerak bebas (independent), saya tidak rasa Naughty Dog mampu melakukannya. Saya tidak rasa kamu akan menikmati game-game ini,” kata beliau merujuk kepada dua game yang menjadi lambang kepada Naughty Dog kini, iaitu siri Uncharted dan The Last of Us.

Baru-baru ini, kita telah digegarkan dengan pengumuman studio ini terhadap The Last of Us Part II, di mana ia dikatakan akan berkisar tentang kebencian.

Comments

comments