Tak sangka ada pro player menggunakan programmable mouse. Thunder Predator, pasukan dari Peru telah ditendang keluar oleh organizer TI8 kerana menggunakan mouse yang bukan khas untuk pertandingan TI8.

Thunder Predator baru-baru ini ditendang keluar oleh organizer TI8 kerana menggunakan mouse programmable yang menyenangkan untuk melakukan pergerakan skill untuk digunakan semasa main. Mereka telah terlepas peluang untuk memenangi prize pool yang sebanyak $15 juta.

Ini telah menjadi satu isu dalam kalangan pro players esports kerana menggunakan programmable mouse sebagai satu cheat dan ini tidak boleh diterima oleh organizer TI8. Masalah ini didapati muncul apabila player AtuuN memilih Meepo pada game ketiga melawan team SG.

Meepo adalah hero yang mempunyai tiga klon yang akan berdekatan dengannya apabila sampai level 4. Untuk menggunakan Meepo memerlukan player yang sangat handal mengawal illusi dan sebagai pro player yang handal, sehingga kini Meepo digelar sebagai hero yang susah untuk dikawal. Tetapi didapati pergerakan Meepo lebih laju daripada biasa untuk menggerakkan ketiga-tiga hero tersebut dengan pantas.

Di Youtube LevoPhobia menunjukkan rakaman playback pada kelajuan 0.25x. Ini membuktikan bahawa pergerakkan Meepo untuk “poof” ke arah hero yang dilawan adalah serentak.

Oleh sebab ini, Thunder Predator telah ditendang keluar dan mereka patut mengambil pengajaran sebagai pro player untuk mengelak diri daripada menggunakan mouse seperti itu. Tapi kepada player yang nak cuba boleh, tapi bukan dalam tournament.

Siapa sini pakai programmable mouse? Penulis pun tak pakai sebab penulis pengguna setia Juggernaut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.