Kedua-dua game VR yang dibangunkan oleh studio terkenal dengan Until Dawn bakal tiba pada akhir tahun ini.

Supermassive Games tampil yakin dengan PS VR apabila mendapat sambutan menggalakkan bagi game VR seperti Until Dawn: Rush of Blood dan Tumble VR.

Kali ini, pencipta Until Dawn kembali dengan dua game eksklusif PSVR iaitu The Inpatient dan Bravo Team.

The Inpatient VR memasuki elemen psikologi fikiran anda.

Dalam The Inpatient, anda akan bermain sebagai seorang pesakit yang tiada memori tentang diri sendiri dan tidak tahu menahu bagaimana pesakit sampai ke hospital ini. Saksikan trailer baru di bawah:

The Inpatient membangkitkan persoalan siapakah diri anda sebenar dan cara anda untuk mengetahui diri adalah terpulang kepada pilihan yang ditawarkan dalam game ini.

Semestinya setiap keputusan akan membawa ke satu akibat. Akibat baik atau buruk? Nantikan The Inpatient pada 21 November 2017 hanya untuk PS VR.

Satu lagi game dilancarkan untuk PS VR adalah Bravo Team iaitu merupakan game menggabungkan aspek VR bersama first-person shooter dan anda boleh bermain secara solo atau co-op.

Ditugaskan dalam satu pasukan, Bravo Team membawa anda ke era moden Eropah Timur fiksyen yang bakal menguji kebolehan taktikal tempur dan kemahiran menembak.

Game ini boleh dimainkan menggunakan controller Dualshock 4 biasa atau PS Move tetapi lebih menyeronokkan bermain guna controller PS VR Aim.

Sertailah ahli pasukan Bravo Team.

Bravo Team bakal dilancarkan pada 5 Disember 2017 eksklusif untuk PS VR.

Comments

comments