Anda kena tunggu lama sikit untuk main dua game eksklusif PSVR ini.

Studio yang membangunkan Until Dawn, Supermassive Games mengumumkan tarikh baru melalui laman sesawang rasmi mereka bagi The Inpatient dan Bravo Team seperti yang sudah dijadualkan sebelum ini.

Kedua-dua game ini juga diumumkan buat pertama kali semasa persidangan PlayStation di E3 2017 Jun lepas.

Untuk game PSVR pertama, The Inpatient akan menyambung kembali legasi tempat terkenal dalam Until Dawn di Blackwood Sanatorium. Anda bermain sebagai seorang pesakit yang tersedar dalam hospital sakit jiwa tanpa apa-apa memori.

The Inpatient akan dikeluarkan pada 24 Januari 2018 khas untuk PSVR.

Game kedua PSVR dari Supermassive Games adalah Bravo Team yang menggabungkan elemen first-person shooter dan co-op pada era moden Eropah Timur fiksyen.

Bravo Team akan dikeluarkan pada 7 Mac 2018 khas untuk PSVR.

Comments

comments