Alamak! terlupalah pulak!

Semasa The Game Awards 2017 yang berlangsung semalam, ada kategori yang didedahkan secara gah dan memanggil pemenangnya naik ke pentas; dan ada juga beberapa kategori yang hanya diumumkan pemenangnya secara lisan sahaja.

Walau bagaimanapun, kalau korang perasan dalam laporan kami semalam, ada satu kategori yang tertinggal, yang mana tiada pemenang yang diumumkan, walaupun dalam senarai pencalonan terakhir, kategori tersebut ada, iaitu Best Multiplayer Game.

Best Multiplayer Game nampaknya telah dimenangi oleh PlayerUnknown’s Battlegrounds, iaitu satu-satunya anugerah yang berjaya dirangkul oleh game keluaran PUBG Corp. ini. Ia telah mengalahkan Destiny 2, Mario Kart 8 Deluxe, Splatoon 2, Fortnite dan Call of Duty: World War II.

Bercakap kepada Polygon, orang kuat di belakang The Game Awards, Geoff Keighley telah memohon maaf atas tertundanya pengumuman pemenang itu.

Selain Best Multiplayer Game, PUBG juga tersenarai dalam Best Ongoing Game, yang mana telah dinobatkan kepada Overwatch. Dan semestinya, seperti semua tahu, PUBG turut tersenarai dalam anugerah Game of the Year, yang mana ia dengan cemerlangnya telah dimenangi oleh The Legend of Zelda: Breath of the Wild.

Pencalonan PUBG dalam anugerah Game of the Year boleh dikatakan menjadi kontroversi, yang mana ramai mempersoalkan bagaimana sebuah game yang belum dilancarkan sepenuhnya, masih berada dalam versi Early Access, boleh tercalon dalam beberapa kategori termasuk anugerah Game of the Year. Hanya juri di belakang The Game Awards ada jawapannya.

Apa-apa pun, korang boleh lihat senarai penuh para pemenang di The Game Awards 2017 di sini.

JomBaca: Tonton Trailer Terbaru Dari PlayerUnknown’s Battlegrounds Yang Memaparkan Map Gurun “Miramar”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.