Bersedia untuk mengembara ke Tamriel!

the-elder-scrolls-online-00

The Elder Scrolls Online tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan antara siri MMORPG terbaik masakini dan ia boleh dicuba secara percuma untuk pemain-pemain di PC dan PS4 melalui sesi Free Play Weekend.

Melalui Free Play Weekend, pemain akan diberi akses penuh kepada dunia Elders Scrolls Online (tanpa DLC) beserta 500 Crown (matawang in-game) untuk dibelanjakan dan jika pemain berhasrat untuk meneruskan pengembaraan selepas sesi Free Play Weekend ini, sebarang pencapaian akan diteruskan.

The Elder Scrolls Online boleh dicuba secara percuma melalui Free Play Weekend bermula 16 November pada 1.01PM sehingga 21 November pada 12.59PM. PSN Plus tidak diperlukan bagi sesi ini untuk pengguna-pengguna PS4.

Sumber dari The Elder Scrolls Online.

Comments

comments