Lebih fokus diberikan untuk konsol dan telefon pintar. Lawa pulak tu!

Bethesda telah mengumumkan pelancaran The Elder Scrolls: Legends bagi konsol – konsol masakini iaitu PlayStation 4, Xbox One dan juga Nintendo Switch di E3 2018. Pada asalnya, permainan kad virtual ini lebih berfokus kepada PC, Mac dan gajet mudah alih tapi kini studio terbabit kini percaya kepada potensi yang wujud di pelantar konsol.

Berita baik bagi mereka yang sudah The Elder Scrolls: Legends, pencapaian yang telah diterima akan boleh dipindah-alih ke pelantar lain. Jadi tak perlu la korang mula mengumpul kad – kad yang baru bagi pelantar lain!

Menurut Bethesda, The Elder Scrolls: Legends kini sudah mempunyai seramai 11 juta pemain dan jumlah ini dijangka akan bertambah kelak.

Comments

comments