Game ini kembali menarik hati para pemain selepas beberapa penambahbaikan.

e3-division-survival-002

Tom Clancy’s The Division telah dilancarkan pada bulan Mac tahun ini dan ia terus menjadi sebuah game yang mendapat sambutan ramai. Namun, jumlah pemain yang aktif telah berkurangan disebabkan kekecewaan para pemain selepas ia menampilkan sebuah game yang tidak menepati apa yang telah mereka jangka dan idamkan.

Tetapi, bukan itu lagi kisahnya apabila Ubisoft telah membawakan patch 1.4 dalam The Division pada bulan Oktober lalu. Mereka telah memperkenalkan pelbagai perubahan teras dan kandungan membuatkan ia menjadi sebuah game dalam bentuk yang sangat baik. Selepas itu, jumlah pemain mulai meningkat semula.

“Sejak keluarnya patch 1.4, kami kembali menerima jumlah pemain aktif seperti semasa ia dilancarkan kerana para pemain sangat kagum,” kata naib presiden live operations Ubisoft, Anne Blondel kepada PCGamesN.

“Beberapa pemain telah meninggalkan game ini lebih awal daripada yang kami jangka, kemudian kami perlu membuat keputusan yang sukar – sama ada membawakan pelbagai kandungan tambahan atau kita berhenti kesemuanya seketika, kembali tenang, baiki segalanya dan kemudian setelah game ini berada di kedudukan yang sepatutnya, barulah kami tampilkan lebih banyak kandungan,” kata Blondel.

DivisionBBoBBBackgroundThe Division telah membawakan DLC terbarunya, The Survival di PC dan Xbox One. Bagi pemain di PS4 pula, DLC ini akan dikeluarkan pada penghujung bulan Disember ini nanti.

Comments

comments