Sejak pertama kali ia diumumkan pada E3 2013, setiap perkembangan terbaru game Tom Clancy’s The Division sentiasa membuatkan kami tertunggu-tunggu.

the-division-1

Terkini, mereka telah mengeluarkan video Q&A mengenai game ini. Bolehkah pemain menukar skills setup semasa di dalam combat? Sejauh mana pemain boleh customize weapons accessories & attachments? Ada weapon skins ke tak? Berapa banyak character boleh pemain bina?

Ketahui semua jawapan bagi persoalan-persoalan ini dalam video di bawah:

Tadi Ada Sebut Beta! Mana? Mana?!

Korang rileks. Untuk pemain Xbox One, Beta akan bermula bulan ini! Namun, tarikh sebenar belum lagi diumumkan. Untuk pemain di Playstation 4 dan PC pula, Beta akan bermula awal tahun 2016. Semua Beta ini korang boleh daftar DI SINI.

Tom Clancy The Division bakal menemui pemain pada 8 Mac tahun hadapan. Apa feature game ini yang korang paling tertunggu-tunggu? Kongsikan dengan kami!

Comments

comments