Mungkin ini adalah masanya untuk mengaktifkan kembali akaun Uplay korang semula!

Ubisoft telah memberikan peluang kepada semua pemilik PC untuk mencuba Tom Clancy’s The Division pada hujung minggu ini. Korang akan mendapat akses kepada game penuh, namun DLC tidak termasuk.

Sekiranya korang berminat untuk meneruskan pembelian, diskaun 50 peratus akan diberikan, serta segala progress yang korang perolehi semasa sesi percubaan ini akan dibawa ke dalam game penuh pembelian korang itu.

Sesi percubaan percuma ini akan korang boleh mainkan dari 16 Disember, 2 pagi sehingga 19 Disember, 5 pagi waktu Malaysia. Korang sudah boleh mula pre-load fail tersebut sekarang melalui Uplay.

Comments

comments