Bagaimana hendak selamatkan negara jika kecaman bermula dari dalam? 6 bulan selepas kejadian Black Friday, sebuah virus dilepaskan dalam sebuah riot di Washington, Amerika mula jatuh dan hanya Agent Division boleh memenanginya.

Berlatarkan di Washington D.C, negeri kapital Amerika Syarikat yang juga merupakan negeri dengan kawalan sekuriti dan militari yang paling kuat di dunia, berjaya dicemari oleh orang dalam setelah sebuah virus dilepaskan.

Berbeza dari The Division 1 (TD1), di dalam The Division 2 (TD2) agents berada di dalam sebuah landskap lebih tropikal seperti di dalam hutan berbeza dari New York yang bersalju. Kejadian ini merebak ke luar New York ke Washington 6 bulan selepas kejadian outbreak pertama.

Gameplay reveal menunjukkan permainan antara 3 orang Agents bersama in-game chat yang skripted berada di dalam side mission ‘Control Point’ untuk selamatkan Capitol dari ‘True Sons’. Di dalam gameplay tersebut turut menunjukkan kapal Air Force One yang sudah terhempas dan kawasan sekitarnya sudah berada di dalam keadaan pascabencana. Gameplay dan UI masih kelihatan hampir sama seperti game sulungnya.

Sesi pendaftaran untuk Closed Beta turut diumumkan sudah dibuka di pentas Xbox di E3 2018 pagi tadi. Korang boleh mendaftar Closd Beta di sini. Namun tiada tarikh beta diumumkan lagi. Mengikutkan fasa beta TD1, terdapat 3 sesi beta di buka pada para pemain dan sesi pertama dibuka pada hujung Januari sebelum game tersebut di lancarkan pada 8 Mac 2016.

Lebih informasi tentang game ini akan diumumkan lebih lanjut di persidangan Ubisoft. TD2 akan berada di Xbox One, Playstation 4 dan PC pada 15 Mac 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.