Lebih luas untuk kita terokai.

Game pertama The Division telah membawakan kepada kita bandar Manhattan, namun ia tidaklah mengikut skala dunia sebenar.

Sekuelnya, The Division 2 nampaknya bakal menampilkan sebuah dunia open-world yang lebih luas untuk diterokai. Dalam laman web rasminya, Ubisoft telah mendedahkan yang bandar Washington D.C. dalam The Division 2 ialah satu bandar sebenar yang mempunyai skala penuh dengan nisbah 1:1.

Kata deskripsi itu lagi, game ini bakal memberikan dunia yang lebih asli berbanding sebelumnya. Ia menawarkan mercu tanda-mercu tanda, pemandangan semulajadi, kejiranan dan markas musuh yang lebih dekat dan bersifat peribadi.

Amacam? Teruja tak? Apa yang korang paling tak sabar nak lakukan dalam The Division 2 ini nanti?

The Division 2 akan dilancarkan pada 15 Mac 2019 di Xbox One, PS4 dan PC.

JomBaca: The Division 2 Akan Ada Microtransactions, Tetapi Terhad Kepada Kosmetik Sahaja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.