Untuk segmen Boleh Download or Boleh Blah? kali ini, saya akan mengupas tentang game Alchemist Code, yang dihasilkan oleh Gumi! Game ini adalah game RPG strategi, seperti Fire Emblem dan juga Final Fantasy Tactics. Jadi, best ke tak game ini? Jom baca!

Kelebihan game ini?

Masih ada banyak lagi yang bagus tentang game ini. Antaranya ialah pelbagai karakter yang menarik untuk dimiliki, ada mode multiplayer dan stail gameplay SRPG yang taktikal dan mengasyikkan!

Pelbagai karakter yang menarik untuk dimiliki!

Pertama sekali, game ini mempunyai pelbagai unit atau karakter yang menarik! Terdapat pelbagai rekaan karakter dan setiap satu mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.

Tidak lupa juga, rekaan karakter di dalam game ini amat cantik, jadi anda tidak rasa jemu untuk melihatnya dan membuatkan anda terasa lebih terpikat dengan game ini!

Apa yang kurang pasal game ini pula?

Antara kelemahan game ini adalah game ini adalah matawang premiumnya agak sukar diperolehi, jadi korang mungkin perlu membuat “pelaburan” sedikit untuk membantu korang di dalam game ini.

Di samping itu, setiap unit memerlukan limit break, di mana anda perlukan soul shard yang amat sukar diperolehi kecuali anda memperolehi unit yang sama di dalam summon anda. Ini juga akan menyusahkan pemain F2P kerana limit break diperlukan untuk mendapatkan job baru bagi setiap unit.

Selain itu, rentak game ini juga agak perlahan. Animasi, delay dalam setiap aksi dan juga masa yang diambil untuk setiap unit bergerak menjadikan permainan terasa perlahan. Timing bagi setiap perkara ini agak janggal, lalu menjadikan rentak game ini agak perlahan. Walaupun ada kelajuan 2x, ianya masih tidak menyelesaikan masalah ini.

Ada mode multiplayer!

Selain daripada itu, game ini juga mempunyai mode multiplayer! Dalam mode ini, korang boleh co-op bersama kawan-kawan korang dan orang lain di seluruh pelusuk dunia.

Selain daripada itu, korang juga boleh masuk arena PvP untuk menguji kekuatan unit korang, pasti best!

Stail  gameplay SRPG yang taktikal dan mengasyikkan!

Untuk gameplay game ini, ianya menonjolkan stail gameplay SRPG yang taktikal dan mengasyikkan! Setiap map akan menonjolkan pelbagai cabaran dan korang boleh gunakan pelbagai skill yang unik dalam setiap karakter untuk menyelesaikannya.

Dengan kepelbagaian unit dan kepelbagaian skill untuk setiap unit di dalam game ini, korang boleh reka pelbagai strategi dan komposisi unit-unit untuk menghadapi segala cabaran di dalam game ini!

Jadi, sekarang kita tengok sama ada Boleh Download or Boleh Blah!

BOLEH DOWNLOAD

+ Pelbagai karakter yang menarik untuk dimiliki!
+ Ada mode multiplayer!
+ Stail gameplay SRPG yang taktikal dan mengasyikkan!

BOLEH BLAH

 Matawang premium sukar diperolehi.
 Rentak game juga agak perlahan.

Comments

comments