Huru-hara apa pula yang Thanos akan bawakan kali ini?

Epic Games telah mengumumkan kandungan crossover terbaru dengan Marvel Studios, membawakan Thanos ke dalam Fortnite Battle Royale.

Sebuah mode dalam masa terhad (limited-time mode – LTM) akan dibawakan pada hari ini (8 Mei) yang akan menampilkan Thanos. Ia akan dimainkan seperti mode battle royale yang biasa, namun apa yang berbezanya adalah Infinity Gauntlet akan berada dalam map secara rawak. Mana-mana pemain yang berjaya menjumpai Infinity Gauntlet ini akan bertukar menjadi Thanos.

Apakah kuasa yang bakal Thanos miliki dalam LTM ini masih belum didedahkan.

Pengumuman crossover ini telah mengujakan ramai pemain Fortnite, terutamanya mereka yang meminati Avengers. Ramai yang tertanya adakah skin baju dari watak-watak Marvel akan dibawakan sekali melalui crossover ini.

Menjawab persoalan ini di Reddit, salah seorang pembangun Epic mengatakan tiada sebarang skin baju dari Marvel akan dibawakan ke dalam game.

Comments

comments