Nampaknya action RPG dari era PS3 bakal tiba ke generasi masakini.

Dilaporkan oleh Hachima, nampaknya Dragon’s Crown bakal tiba ke PlayStation 4 dengan nama Dragon’s Crown Pro. Dipercayai bahawa perkara ini bakal diumumkan kelak di Tokyo Game Show yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tirisan ini terjadi apabila laman Nico Nico yang dimana Atlus bakal gunakan sebagai pelantar untuk livestream kelak telah memaparkan iklan Dragon’s Crown Pro! Namun begitu, iklan tersebut telah ditiadakan selepas perkara ini disedari umum.

Sumber: Hachima.

Comments

comments