Terry Crews mula lancarkan “kempen” untuk masuk ke dalam Overwatch.

Seperti kebanyakan daripada gamers di luar sana, pelakon sensasi Hollywood, Terry Crews juga adalah peminat besar game keluaran Blizzard, Overwatch. Dan apakah lagi persamaan antara peminat Overwatch dan beliau? Mereka mahukan Terry Crews sendiri untuk melakokan suara karakter Doomfist – sebuah karakter yang para pemain inginkan ia menjadi playable dalam Overwatch.

Terbaru, beliau telah melancarkan “kempen” tidak rasmi, untuk mengajak para peminat Overwatch untuk memujuk Blizzard mengambil beliau menjadi pelakon suara Doomfist. Beliau telah berkongsi artikel spekulasi yang ditulis oleh ArtBuff di laman Twitter-nya dengan berkata, “siapa mahukan saya melakonkan suara Doomfist dengan sebenar?”

Pada November lalu, Terry Crews telah membalas sebuah thread di Reddit yang bertanyakan tentang potensi beliau untuk melakonkan karakter ini dengan menjawab, “saya pasti akan suka untuk melakonkan suara Doomfist”. Kemudian, pada Disember lalu, beliau telah mengejutkan ramai dengan melawat studio Blizzard, dan ia terus menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau sememangnya akan ditampilkan ke dalam Overwatch.

Selepas melakukan lawatan tersebut, ini kata beliau, “suka dengan lawatan saya bersama genius-genius di Blizzard Entertainment hari ini, dan bertemu dengan pencipta antara game kegemaran saya! Overwatch! Jom!”

Doomfist adalah karakter yang telah muncul dalam kisah-kisah sampingan Overwatch. Namun, ia masih belum muncul secara fizikal dalam game Overwatch itu sendiri.

Apakah benar Terry Crews bakal melakonkan suara karakter Doomfist? Atau adakah ia hanya sekadar “wayang” yang direka oleh beliau sendiri? Apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami.

Comments

comments