Syarikat gergasi teknologi dan Internet China, Tencent secara senyap sedang mempersiapkan diri untuk pertandingan esport terbesar untuk game Arena of Valor yang akan diadakan pada minggu akan datang.

Rancangannya adalah untuk melancarkan sokongan kepada pertandingan peringkat dunia berjumlah USD500,000 itu di Los Angeles pada musim panas ini.

Tencent yang mana memiliki Riot Games dan game League of Legends sudah pun berada dalam proses untuk melaksanakan ekosistem pertandingan dan pemain-pemain profesional. Sistem itu akan memasukkan sokongan untuk mengatur kawasan dan memantau pertandingan.

Menurut sumber dari dalam Tencent juga mengatakan sistem itu juga akan menyokong pelbagai jenis pertandingan yang berbeza, dan bukan hanya terhad kepada pertandingan 5v5.

“Sistem ini akan lebih banyak muncul di Amerika. Tencent sangat komited untuk menjadikan Esport pada mobile sebagai kompetitif dan mudah diakses seperti mana-mana game esport yang hadir dalam bentuk-bentuk lain,” kata satu sumber menurut laporan Rolling Stone.

Arena of Valor dilancarkan pada musim cuti di Amerika Syarikat selepas melakukan pengeluaran sesi ujian terhad di Eropah. Game itu merupakan versi Barat kepada game Honor of Kings oleh Tencent, sebuah game MOBA di China yang menjadi sebuah aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia pada iOS App Store pada suku tahun pertama 2017.

Pada musim panas tahun lepas, game itu yang mana telah dikeluarkan di China pada tahun 2015, telah mempunyai lebih dari 80 juta pemain aktif setiap hari dan 200 juta pemain aktif setiap bulan. Ia juga boleh dikatakan sebagai game yang paling banyak menjana keuntungan. Arena of Valor juga diumumkan akan dikeluarkan di Nintendo Switch pada tahun lepas.

Seorang pekerja di Tencent yang mana tidak dibenarkan untuk mendedahkan dirinya telah bercakap dengan Glixel pada bulan lepas memberitahu tentang sokongan syarikat itu kepada game di dunia Barat. Dia berkata ia telah dilancarkan sejurus sebelum Krismas kerana syarikat itu mahu game itu dilihat sebagai hadiah kejutan kepada pemain.

“Honor of Kings telah dikeluarkan di China untuk dua hingga ke tiga tahun dan ia merupakan sebuah kejayaan yang cemerlang. Sebaik sahaja kami melihat peluang ini untuk membawakannya ke dunia Barat, dan kami sudah lakukannya. Kami percaya bahawa fenomena boleh terjadi di negara-negara lain juga.”

Game itu sedang menjalani satu rombakan yang besar, ia memfokuskan hampir kesemuannya pada hero-hero game, katanya, kerana Tencent tidak percaya kawalan karakter hero dari pemain dalam Honor of Kings, yang mana ia berdasarkan kepada cerita rakyat dan mitologi China akan menarik perhatian gamers Barat.

Jadi, Tencent membina karakter-karakter yang mana mereka percaya akan lebih menarik perhatian pemain-pemain Barat. Itu termasuklah dengan karakter-karakter asal dan hero-hero dari komik DC seperti Batman, Superman dan Joker. “Itulah cara kami mencipta karakter untuk pemain Barat.” Game itu juga dipermudahkan sedikit dan muziknya juga dihasilkan untuk menepati ciri-ciri antarabangsa.

Pada masa itu, pekerja itu berkata Tencent telah mempunyai minat dalam memperkenalkan game itu dalam esport, tapi menolak untuk bercakap dengan lebih lanjut mengenai usaha-usaha yang sedang dilakukan.

Pendekatan Tencent kepada perlawanan mobile esport adalah pendekatan untuk membawakan game-game MOBA yang mempunyai gameplay yang kompleks ke telefon pintar. Pada asasnya, syarikat itu melihat kepada pembelajaran yang tinggi mengenai kawalan yang sukar dan kemudian pergi kepada tentang mempermudahkan perkara-perkara itu kepada kemasukan pemain-pemain baru yang rendah dan gamers telefon pintar.

Minat yang mendalam Tencent terhadap mobile games, mengabaikan hak pemilikan Riot Games dan kepentingan kewangan dalam syarikat enjin permainan dan pembangun Epic Games, ia didorong oleh teras kepercayaan bahawa mobile akan menjadi hiburan pada masa hadapan, pekerja itu berkata.

“Kami sememangnya melihat cabarannya. Tapi itu status quo yang kami mahu ubah, sebuah persepsi yang kami mahu buktikan bahawa ianya salah.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.