Minggu lalu, kami telah laporkan bahawa Tencent telah mendapat hak untuk pasarkan PlayerUnknown’s Battlegrounds di China. Terbaru, penerbit Tencent mengumumkan bahawa versi mobile untuk video game PlayerUnknown’s Battlegrounds sedang berada dalam pembikinan.

Menurut sidang akhbar, syarikat gaming, media dan teknologi itu akan memegang hak penerbitan untuk versi mobile sementara pembina game PUBG Corp. akan bekerja untuk pembangunan game tersebut.

Tencent juga mengesahkan pembangunan untuk versi mobile video game shooter yang terkenal itu sedang “berjalan dengan lancar”. Walaupun tidak diberitahu bilakah game itu akan berada di peranti-peranti iOS dan Android. Namun pengguna China boleh menjangkakan versi mobile itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Asalnya dikeluarkan pada 23 Mac pada tahun ini sebagai tajuk Early Access. PlayerUnknown’s Battlegrounds ialah game battle royale online yang dihasilkan dan diterbitkan oleh PUBG Corp., sebuah syarikat subsidiari kepada Bluehole Studios.

Pada minggu lepas, Tencent mengumumkan bahawa mereka telah memenangi hak penerbitan untuk versi Cina dan akan membuat sedikit perubahan kepda game tersebut untuk menepati pasaran tempatan.

Buat masa ini, PlayerUnknown’s Battlegrounds masih lagi boleh didapati sebagai tajuk Early Access di Steam. Walau bagaimanapun, keluaran penuh dijangkakan akan tiba pada hujung tahun ini. Versi Xbox One akan hadir pada 12 Disember melalui Xbox Game Preview Program.

Comments

comments