PlayerUnknown’s Battlegrounds akan hadir ke negara China, tapi terdapat beberapa perubahan yang akan dilakukan.

Syarikat video game dari China, Tencent Holdings akan mengubah game itu supaya ia dapat disesuaikan dengan nilai-nilai dan budaya sosialis.

Pada bulan lepas, pengawal selia kandungan dari China mengkritik keganasan yang ada dalam PUBG. Mengatakan yang ia mungkin boleh disekat kerana “sangat menyimpang dari nilai-nilai teras sosialis.”

Tencent berkata ia telah memenangi hak eksklusif kepada PUBG di China dan akan mengubah game itu untuk memenuhi piawaian China yang tegas.

Syarikat itu akan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan game itu konsisten dengan “nilai-nilai teras sosialis, budaya tradisional Cina dan undang-undang moral.” Perubahan-perubahan akan menekankan semangat kerjasama dan persaingan dalam permainan untuk memastikan ia mampu menyampaikan “persaingan yang sihat, budaya yang positif, bimbingan nilai terutamanya kepada pengguna bawah umur.”

PUBG telah menjadi fenomena yang sensasi di seluruh dunia dan ia telah terjual sebanyak 20 juta salinan sejak ia boleh didapati pada bulan Mac. PUBG juga akan boleh didapati untuk Xbox One X pada bulan Disember.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.