Syarikat gergasi China itu bersedia untuk gegarkan pasaran gaming dunia!

Menurut laporan South China Morning Post, Tencent kini sudah bersedia untuk memperkenalkan platform jualan game mereka, WeGame ke pasaran yang lebih besar.

JomBaca: Tencent, Syarikat China Pegang 13% Pasaran Game Dunia – Sudah Bangunkan Platform Jualan Game Seperti Steam

Syarikat itu dikatakan sedang membangunkan laman jualan game edisi Hong Kong dan versi tersebut akan diperkembangkan lagi ke kawasan-kawasan lain di seluruh dunia.

“WeGame versi Hong Kong kini sedang dalam pembangunan,” kata jurucakap Tencent. “Versi ini akan dapat diakses oleh pengguna luar negara, dan kami akan menggunakan platform ini untuk membawakan lebih banyak game China ke pasaran global.”

Pastinya ini adalah satu langkah yang perlu dilakukan oleh Tencent memandangkan pesaing utamanya, Steam pula sebelum ini telah mengumumkan yang platform gaming itu sedang membangunkan versi lokal untuk pasaran negara tembok besar itu.

Walaupun WeGame mempunyai jumlah game yang kurang berbanding Steam, tetapi jangan dilupa bahawa Tencent memiliki banyak pelaburan dalam pelbagai syarikat gaming di negara-negara barat. Tencent adalah pemilik kepada pembangun League of Legends, Riot Games; bersama-sama dengan pemegang saham dalam Epic Games, Ubisoft, dan malah Activision Blizzard.

Sekiranya WeGame menghoskan game-game terkemuka pada masakini, misalnya Fortnite, ia mampu menarik bilangan pemain yang ramai dalam waktu yang singkat.

Sama-samalah kita nantikan WeGame versi Hong Kong dibangunkan dan kemudian versi pasaran antarabangsa pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.