Fortnite semakin meluaskan kuasanya.

Minggu lalu, Epic Games telah mengusik para peminat dengan sekeping gambar yang menunjukkan passport karakter Fortnite ke China. Ramai yang menjangkakan bahawa gambar acah itu menandakan bahawa Fortnite akan secara rasmi dipasarkan ke negara tembok besar itu tidak lama lagi.

Nampaknya jangkaan pada minggu lalu itu adalah tepat. Terbaru, menurut laporan DoNews, (via VG247) syarikat gergasi gaming China, Tencent akan membawakan Fortnite ke negara itu. Tencent telah mengumumkannya dalam satu sidang media pada minggu ini, namun tiada sebarang tarikh pelancaran didedahkan.

Walau bagaimanapun, mereka berkongsi tentang fungsi-fungsi menarik yang bakal ditampilkan ke dalam versi tempatan itu. Antaranya, para pemain China yang telah membelanjakan wang dan masa mereka dalam versi kini Fortnite, mereka boleh memindahkan segala barangan yang telah dibeli, XP, dan semua yang telah diperoleh dalam server kini ke server China apabila ia dilancarkan kelak.

Tetapi, fungsi-fungsi menarik ini tidak dibawakan ke dalam versi mobile game ini. Ia sesuatu yang agak mengejutkan memandangkan pasaran mobile di China lebih meriah berbanding pasaran PC dan konsol.

Di samping itu, dalam sidang media itu juga, Tencent mengumumkan bahawa mereka akan melabur sebanyak USD15 juta (~RM58 juta) ke dalam Fortnite, yang mana separuh daripada jumlah itu akan digunakan untuk memeriahkan scene esport di China dan juga pasaran di seluruh dunia.

Untuk makluman korang, Tencent memiliki 40% daripada Epic Games.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.