Here comes the next challenger! Ada Tekken baru yang akan datang, tapi di smartphone dan tablet korang pula! Bandai Namco telah melancarkan Tekken Mobile – daftarlah segera!

Tekken Mobile yang dibangunkan khusus untuk smartphone dan tablet iOS dan Android korang ini telah dibangunkan oleh Bandai Namco Studio Vancouver.

Nampaknya Bandai Namco memilih untuk memasarkannya sebagai game free-to-play, dan bukannya game berbayar seperti edisi Street Fighter x Tekken yang diterbitkan pada tahun 2012 dahulu. Mungkin juga ini cubaan Bandai Namco untuk memberi saingan kepada Injustice 2 versi mobile.

Tekken Mobile ini akan menampilkan story mode, sistem Waza Card dan korang hanya perlu tap bagi melakukan kombo-kombo dan serangan di dalam fighting game ini. Setiap karakter akan mempunyai gerakan-gerakan istimewa yang perlu di-unlock!

Game ini juga akan menampilkan online versus mode dan live event – acara-acara in-game yang akan diadakan secara harian, mingguan dan bulanan. Acara-acara timed events juga dirancang yang menawarkan barangan-barangan in-game eksklusif!

Kitorang menantikan apakah jalan cerita yang akan ditampilkan di dalam Tekken Mobile ini nanti kerana universe Tekken sememangnya terkenal dengan jalan cerita keluarga Mishima anak-beranak beserta jalan cerita unik karakter-karakter lain.

Sepertimana game-game free-to-play yang lain, Tekken Mobile akan mempunyai sistem matawang/currency yang boleh korang gunakan untuk meng-unlock fighter packs, sistem yang sama seperti loot box di dalam Overwatch!

Tekken Mobile sudahpun dilancarkan di Kanada, tetapi bagi kita di Malaysia, bolehlah mula mendaftar bagi menyertai pelancaran global nanti. Daftarkan diri korang di laman rasmi Tekken Mobile, dan unlock ganjaran-ganjaran menarik

Comments

comments