Tekken7

Bertahun dah kita dengar fighting game Bandai Namco ini dalam development sehinggalah direlease bagi versi arcade – itupun hanya di Jepun, dan baru-baru ini Amerika! Bilanya kita semua dapat merasa bertumbuktera
jang nih?

Di EVO 2015 baru-baru in, panel Bandai Namco telah membincangkan hal-hal berkaitan Tekken 7! Antara yang menarik:

  • Limited location tests akan diadakan di arcades terpilih di Amerika.
  • Versi Tekken 7 arcades nih masih dalam versi BETA! So expect perubahan dari segi lineup character dan mungkin juga game mechanics!
  • Mechanics Rage Art akan diubah untuk memberikan versatility dan usability yang lebih flexible.
  • Design character juga dibincangkan – samada untuk melakukan perubahan drastik ataupun kecil bagi memuaskan hati kipas-susah-mati francais ini.

Bagaimanapun panel Bandai Namco enggan membincangkan isu release date Tekken 7 versi console di event ini. Tapi jangan bersedih, masih ada harapan!

Ada sumber yang melaporkan ura-ura release date Tekken 7 bagi PS4 dan Xbox One akan diannounce di Tokyo Game Show 2015 yang akan berlangsung dari 17 – 20 September ini!

So, sama-samalah kita tunggu dan lihat samada ianya hanya rumor ataupun akan menjadi kenyataan!

Comments

comments