Aksi-aksi Leonardo, Donatello, Raphael, dan Michelangelo dalam Injustice 2 tidak lama lagi!

NetherRealm dalam sebuah trailer terbaru telah mendedahkan beberapa karakter baru yang boleh dimainkan dalam game fighting mereka, Injustice 2. Karakter-karakter tersebut adalah 4 watak ikonik daripada Teenage Mutant Ninja Turtles, Enchantress serta Atom.

Korang boleh saksikan cinematic trailer untuk DLC Fighter Pack 3 di bawah:

Karakter-karakter yang ditampilkan dalam Fighter Pack 3 ini akan diberikan kepada pemain yang memiliki versi game Ultimate Edition.

NetherRealm masih belum mengumumkan bilakah DLC ini akan dikeluarkan, namun mendedahkan bahawa Atom akan boleh dimainkan lebih awal iaitu pada 12 Disember ini.

JomBaca: Raiden, Dewa Petir Dari Mortal Kombat Bakal Tiba Ke Dunia Injustice 2

Comments

comments