Adakah korang yang mereka cari selama ini?

Team Liquid, sebuah pasukan esport antarabangsa yang memliki pasukan profesional dalam pelbagai video game, kini sedang mengadakan ujibakat secara terbuka untuk mencari pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds. Sekiranya korang yakin dengan jumlah “chicken dinner” yang korang dah kumpulkan, korang mungkin berpeluang untuk menjadi pemain esport profesional pasukan PUBG Team Liquid.

Antara syarat yang diletakkan oleh Team Liquid untuk ujibakat terbuka ini adalah:

  • Boleh menulis dan berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Inggeris dengan baik
  • Hanya calon yang layak untuk bekerja dalam Eropah akan dipertimbangkan
  • Memenuhi keperluan umur minumum yang diletakkan oleh penganjur pertandingan (16 tahun ke atas, ditemani oleh ibu bapa atau penjaga sekiranya di bawah umur)
  • Bebas untuk mengembara ke acara-acara antarabangsa
  • Pengalaman kompetitif terdahulu diutamakan tetapi tidak wajib

Syarat nombor 2 di atas mungkin menimbulkan sedikit kebimbangan kepada korang. Namun, ia tidak mengatakan hanya mereka yang berasal dari negara Eropah, sebaliknya mereka yang “layak untuk bekerja dalam Eropah”. Tak salah untuk korang mencuba, ya tak, selagi korang mempunyai kemampuan untuk pergi ke sana sekiranya terpilih.

Team Liquid turut mendedahkan apakah kelebihan untuk menyertai pasukan mereka ini, iaitu:

  • Gaji bulanan
  • Mengembara ke pelbagai acara
  • Termasuk semua bootcamp di Los Angeles atau di Belanda
  • Barangan daripada penaja-penaja
  • Akses kepada grafik dan penjenamaan pasukan untuk tingkatkan livestream dan sosial
  • Game Nights bersama staf dan pemain profesional lain

Korang boleh terus pergi ke laman web rasmi Team Liquid untuk menghantar borang pendaftaran.

 

Comments

comments