Nampaknya pelancaran Watch Dogs 2 di PC tidak akan dilakukan serentak bersama dengan PS4 dan Xbox One.

watch-dogs-2

Tarikh pelancaran Watch Dogs di PC telah ditunda ke 29 November ini. Ubisoft berkata, penundaan tarikh ini dilakukan bagi menambahbaik beberapa perkara seperti sokongan 4K dengan Ultra Textures dan opsyen yang lebih teliti, uncapped FPS serta banyak lagi fungsi yang diminta oleh komuniti.

Anda boleh lihat senarai penuh apakah fungsi yang mereka akan tambah dalam waktu penundaan tarikh ini di blog post Ubisoft.

Selari dengan pengumuman ini, mereka turut mendedahkan keperluan spesifikasi di PC.

Spesifikasi Minimum

  • OS (versi 64-bit sahaja): Windows 7 SP1, Windows 8.1, Windows 10
  • Processor: Intel Core i5-2400S @ 2.5 GHz / AMD FX 6120 @ 3.5 GHz
  • RAM: 6GB
  • Video Card: Nvidia GeForce GTX 660 (2GB) / AMD Radeon HD 7870 (2GB) atau lebih baik
  • Ruang Hard Disk: 50 GB
  • Peripherals: Windows-compatible keyboard dan mouse, Microsoft Xbox One Controller, DualShock 4 Controller
  • Multiplayer: 256 Kbps atau sambungan yang lebih laju

Spesifikasi Disyorkan (Recommended)

  • OS (versi 64-bit sahaja): Windows 7 SP1, Windows 8.1, Windows 10
  • Processor: Intel Core i5-3470 @ 3.2 GHz / AMD FX 8120 @ 3.9 GHz
  • RAM: 8GB
  • Video Card: NVIDIA GeForce GTX 780 (3GB) | NVIDIA GeForce GTX 970 (4GB) | NVIDIA GeForce GTX 1060 (3GB) atau lebih baik| AMD Radeon R9 290 (4GB) atau lebih baik
  • Ruang Hard Disk: 50 GB
  • Peripherals: Windows-compatible keyboard dan mouse, Microsoft Xbox One Controller, DualShock 4 Controller

3111060-wd2_screen_bounty_cafe_gc_170816_920am_1471366583

Sebelum ini, Ubisoft telah mengeluarkan sebuah video yang mengupas beberapa elemen yang ditonjolkan dalam jalan cerita Watch Dogs 2 nanti.

Watch Dogs 2 akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada 15 November, dan di PC pada 29 November ini.