Bersabarlah ya semua.

Kalau korang perasan, Sony sekarang mempunyai satu trend yang agak unik. Mereka suka mengumumkan tarikh pelancaran sesebuah game eksklusif mereka hanya pada beberapa minggu sebelum. God of War dan Detroit: Become Human adalah antara contoh terdekat.

Dan nampaknya game eksklusif mereka akan datang yang sangat dinantikan kini, The Last of Us Part II bakal turut mengikut trend tersebut.

Bercakap kepada panel E3 2018 selepas sidang media PlayStation (via Push Square), Naughty Dog telah berkata yang mereka tidak akan mengumumkan tarikh pelancaran untuk game ini sehinggalah ia “benar-benar sudah hampir”.

Naughty Dog pada ketika ini bukan sahaja belum mengumumkan tarikh tepat bilakah ia akan dilancarkan, malah tidak mendedahkan sebarang waktu untuk mungkin meredakan sikit penantian para peminat setia. Walau bagaimanapun, selepas bercakap semalam, impian kita untuk memainkan game ini seawal yang mungkin, masih ada peluang kerana ia bila-bila sahaja boleh diumumkan tarikh pelancarannya.

Comments

comments