Akhirnya kita akan dapat memainkan game ini pada pertengahan tahun ini.

Pada Jun 2016, Bandai Namco mengatakan bahawa Tekken 7 bakal dikeluarkan pada “awal tahun” 2017. Mereka tidak pernah menetapkan tarikh rasmi sebenar untuk melancarkan game yang dinanti-nantikan ramai ini.

Terbaru, mereka telah secara rasminya mengumumkan bahawa Tekken 7 akan dilancarkan pada 2 Jun 2017. Bersempena dengan pengumuman ini, mereka turut telah mengeluarkan trailer terbaru, memperlihatkan kisah-kisah di sebalik siri ini yang belum pernah kita saksikan sebelum ini.

Jom layan:

Tekken 7 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 2 Jun 2017.

Comments

comments