God of War dikatakan akan keluar pada awal tahun 2018.

Sebelum ini, kami pernah melaporkan tarikh pelancaran God of War sudah tertiris di PlayStation Store yang menunjukkan tarikh pada 22 Mac 2018 dan Sony juga akan mengesahkan tentang tarikh pelancaran sebenar game ini dalam masa terdekat.

Sehingga kini, Sony masih lagi berdiam diri untuk memberitahu tarikh pelancaran sebenar tetapi satu laman sesawang kedai game di Portugal sudah pun meletakkan tarikh pelancaran God of War pada hari, cuba anda teka… pada 22 Mac 2018.

Walau bagaimanapun, laman sesawang itu mungkin hanya mengikuti tarikh pernah tertiris untuk melengkapkan deskripsi God of War dalam laman sesawang mereka. Namun, ada kemungkinan besar bahawa Sony sudah memberitahu tarikh pelancaran sebenar kepada peruncit game secara rahsia.

Kami juga baru mendapat tahu art book God of War akan dilancarkan pada 15 Mac dan kami rasakan tarikh 22 Mac 2018 mungkin adalah tarikh sebenar pelancaran God of War. Sebelum ini, God of War III juga pernah ada gimik sama 7 tahun lalu di mana Sony tidak dedahkan tarikh sebenar sehingga tiba ke lewat bulan Januari.

Mungkin mereka akan mengulangi gimik yang sama? Bilalah Sony nak buka mulut dan beritahu perkara sebenar kepada kita semua? Hanya masa boleh menjawab persoalan ini.

Comments

comments