Boleh buat Kratos mengamuk kalau tarikh pelancaran sebenar telah tertiris!

PlayStation Store Amerika Utara telah mengemaskini laman mereka dan ia telah ditambah dengan sebuah game yang masih belum diumumkan tarikh pelancarannya. God of War telah disenaraikan sebagai game yang akan keluar pada 22 Mac 2018.

Di bawah adalah screenshot yang sempat diambil oleh DualShockers.

Semestinya, kita tidaklah boleh mengambil ketirisan tarikh ini sebagai tarikh akhir sebenar untuk God of War dilancarkan. Ia mungkin satu tarikh yang tidak tepat yang diperlihatkan secara tidak sengaja.

Walau bagaimanapun, ia menepati info yang kita tahu setakat ini tentang tarikh pelancarannya. Ia secara rasminya didedahkan bahawa game ini akan dilancarkan pada “awal tahun 2018”, serta ketua PlayStation Amerika, Shawn Layden pernah menyatakan bahawa ia akan dilancarkan sebelum pertengahan tahun 2018.

Lebih-lebih apabila siri asal pertama God of War turut dilancarkan pada 22 Mac, iaitu pada tahun 2005.

Yang pasti, God of War akan dilancarkan pada tahun 2018, eksklusif untuk PlayStation 4.

JomBaca: Kratos Marah Dan Remukkan Loot Box – Petanda God of War Takkan Ada Sistem Ini?

Comments

comments