Tarikh untuk keluaran antarabangsa telah diumumkan bersama-sama edisi Black Box yang akan disertakan bersama figurin protagonis, YoRHa 2B.

Diumumkan di PlayStation Experience, NieR: Automata akan menemui pasaran antarabangsa pada 7 Mac nanti. Pada masa yang sama, NieR: Automata edisi Black Box juga telah diumumkan dan berharga pada USD189.99 (RM844).

Berikut adalah apa yang akan disediakan dalam NieR: Automata Black Box itu nanti.

  • Kotak istimewa NieR: Automata yang akan menyimpan segala pakej yang hadir
  • The Nier: Automata
  • Figurin berkualiti tinggi untuk watak YoRHa “2B”
  • Artbook yang mengandungi hasil lukisan dan illustrasi dalam diguna dalam proses menyiapkan Nier: Automata
  • Steelbook case yang mempunyai eksklusif hasil lukisan pelukis terkenal, Akihiko Yoshida (Final Fantasy XIV / Bravely Default)
  • Koleksi sountrack bagi Nier: Automata yang ditulis oleh Keiichi Okabe from Monaca, Inc. (Tekken / Drakengard / Nier)
  • Pelbagai digital content, seperti: Machine Mask Accessory, Grimoire Weiss Pod, Play System Pod Skin, Retro Grey Pod Skin, Retro Red Pod Skin, dan Cardboard Pod Skin.

nier-automata-black-box-edition

Square Enix telah berkongsi sedikit demi sedikit pelbagai info seperti gameplay dan screenshot bagi siri Nier: Automata yang kini sedang dibangunkan oleh PlatinumGames.

Comments

comments