Untuk menyambut Taipei Game Show 2017, PlayStation Plus Asia menawarkan permainan JRPG, Tales of Zestiria kepada semua pelanggan PS+.

[Kemaskini]: Tales of Zestiria sudah boleh mula dimuat turun di PlayStation Store.

Pelanggan PS+ Asia boleh mendapatkan permainan JRPG ini bermula 20 Januari ini. Tapi kena cepat ya, kerana offer ini hanya sampai 2 Februari sahaja.

Siri Tales ini dianggap popular dan setaraf dengan JRPG berbajet AAA seperti Final Fantasy dan Dragon Quest. Dengan jalan cerita yang unik, perkembangan karakter yang menarik perhatian para pemain, terutama sekali kepada peminat anime, dan battle system yang tidak membosankan membuatkan siri Tales ini terus popular sehingga kini. Jadi janganlah lupa untuk cuba bermain permainan ini, terutama sekali untuk peminat JRPG dan anime!

Comments

comments