Syok sendiri atau kena rasuk?

Sebelum ini, Hamada berikan duit ‘otoshidama’ kepada rakan-rakannya untuk dapat bermain Monster Hunter: World bersama-sama. Kini, penantian menjadi suatu penyeksaan terutamanya bagi Hamada.

Dalam edisi video iklan kali ini, rakan Hamada memberi komen terhadap game Monster Hunter: World ini tampak realistik semasa berada di set filem.

Tiba-tiba sahaja, Hamada seperti dirasuk dan terus bertukar menjadi raksasa Monster Hunter: World seperti Nergigante, Kulu-Ya-Ku, Paolumu, dan Diablos.

Saksikan Hamada memberikan persembahan lakonan mantap beliau di bawah (pastikan ada pasang CC!):

Anda juga boleh tengok di sebalik tabir iklan PlayStation Jepun yang kelakar ini di bawah:

Monster Hunter: World akan menyampaikan story campaign selama 40-50 jam dan saksikan Elder Dragons menunjukkan taring masing-masing di Monster Hunter: World.

Monster Hunter: World akan dilancarkan pada 26 Januari 2018 untuk PS4 dan Xbox One, manakala versi PC dijangka akan keluar pada musim luruh ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.