Otherside Entertainment telah mengumumkan bahawa System Shock 3 kini sedang dibangunkan.

system-shock-3-01

Bagi yang kurang mengenali siri System Shock, ia merupakan sebuah action-RPG yang mempunyai unsur survivor horror. Tiada info lagi mengenai jalan cerita siri terbaru ini.

Watak seperti SHODAN juga telah diumumkan bakal kembali ke siri ini dan mengekalkan pelakon suara watak tersebut. Apa yang lebih menggembirakan, pasukan asal yang telah mencipta siri ini turut bakal kembali dalam usaha membuat System shock 3.

Bakat-bakat seperti Ken Levine, Robb Waters dan Paul Neurath kembali bekerjasama untuk membina kembali siri yang terbaik ini.

Teaser bagi System Shock 3 dapat dilihat di teaser site oleh Otherside Entertainment.

Comments

comments