Clash Royale sememangnya adalah sebuah game mobile yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati gamers. Dan terbaru, Supercell telah mengumumkan sesuatu yang menarik!

Supercell telah mengumumkan Crown Championship, sebuah kejohanan global dalam Clash Royale yang akan membawa pemain seluruh dunia berentap. Dari pertandingan dengan 1,000 pemain, hinggalah ke pertandingan yang akan mencari 8 pemain terbaik dari setiap rantau.

Bermula 16 Ogos hingga 21 Ogos, pemain dari seluruh dunia akan berpeluang untuk menyertai dalam pusingan pertama Clash Royale Crown Championship Fall 2017 Season.

Para pemenang untuk Crown Championship Challenge akan menerima hadiah lumayan dalam Clash Royale. Sebagai tambahan, pemain ini akan layak untuk pusingan seterusnya dalam Crown Championship, bermakna pemenang akan berpeluang untuk ke peringkat global yang menyajikan hadiah terkumpul sebanyak USD1,000,000 (~RM4,297,500).

Untuk menyertai Crown Championship, ia sangat mudah. Buka aplikasi Clash Royale dan pergi ke Crown Championship Challenge, dan tiada sebarang pendaftaran di luar aplikasi.

Korang boleh dapatkan segala info tentang Crown Championship di sini.

Comments

comments