Nintendo meluaskan pengaruhnya ke platform telefon pintar.

super-mario-run-06

Super Mario Run akan diterbitkan pada 15 Disember ini untuk platform iPhone, iPod Touch, dan iPad. Ia boleh dicuba secara percuma dengan akses yang terhad dan untuk mendapat kesemua level pemain perlu membelinya pada harga USD9.99

Super Mario Run akan mempunyai 3 mode yang berbeza iaitu:

  • World Tour – Selamatkan Princess Peach. Mode yang pastinya diketahui ramai.
  • Toad Rally – Dapatkan markah tertinggi dengan masa yang terpantas. Menyerupai mode Coin Rush dari siri New Super Mario Bros 2.
  • Kingdom Builder – Bina empayar Mario korang sendiri!

Nintendo telah memberitahu bahawa mereka sememangnya merancang untuk mengeluarkan Super Mario Run di peranti Android pada suatu masa akan datang.

Berikut adalah video pengenalan bagi Super Mario Run.

Comments

comments