Kita telah tiba pada “ritual” tahunan kita, iaitu mencuba versi demo untuk siri PES akan datang. Macam mana agaknya pandangan pertama kita tentang demo untuk PES 2018?

Konami pada tahun ini membawa sedikit kelainan kepada sesi-sesi percubaan pra-pelancaran untuk siri PES 2018. Sebelum mengeluarkan versi demo, Konami telah memberikan para pemain untuk mencuba versi Online Beta terlebih dulu sebelum ini, yang mana kami telah melakukan review tentangnya dalam Suka Duka Beta: PES 2018.

JomGaming pada kali ini juga akan membuat sedikit kelainan dalam melakukan review untuk versi demo PES 2018. Hujung minggu lalu, JomGaming telah mencuba versi demo ini di NaGaming bersama-sama dengan tiga pemain baru yang telah diumumkan oleh NeST Gaming baru-baru ini.

Nak tahu apa kata pemain-pemain handalan PES negara ini tentang PES 2018 setakat ini? Jom terus ikuti artikel ini!

Gameplay & Tempo Yang Lebih Perlahan

Mohamad Rusydi dan Zainul Ariffin dari NeST Gaming semasa mencuba demo PES 2018 di NaGaming.

Seperti yang telah penulis sebutkan sebelum ini semasa mencuba versi Online Beta, gameplay dan tempo yang dibawakan ke dalam PES 2018 sememangnya telah diperlahankan jika dibandingkan dengan edisi sebelum ini. Para pemain yang telah menghabiskan beratus-ratus jam bermain PES 2017 pastinya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan dengan tempo baru yang perlahan ini.

Ia diakui sendiri oleh Tengku Erwan dari NeST Gaming, pemain tersohor PES negara. Kata Erwan, tempo yang perlahan membawa kepada pertahanan yang juga perlahan. Erwan sering menyatakan bahawa bahagian pertahanan tidak boleh leka dan melakukan kesilapan walaupun sedikit kerana apabila penyerang pihak lawan telah dapat lolos dari kawalan pertahanannya, ia sungguh sukar untuk recover.

Mohamad Rusydi, juga salah seorang pemain NeST Gaming turut mengatakan perkara yang sama tentang pertahanan yang lebih sukar ini. Kata Rusydi, pertahanan lebih “suka tengok bola” sebelum melakukan larian untuk mengawal pihak lawan. “Haa tengok dulu, fikir apa nak buat, haa baru masuk,” kata Rusydi sambil berseloroh.

Penulis, Faiz Tobeng semasa menjaringkan gol menentang Tengku Erwan dari NeST Gaming.

Pada pendapat penulis, kawalan pemain di atas padang dan game-speed yang terasa lebih perlahan adalah sesuatu yang sangat baik. Apabila game-speed telah dikurangkan, perlawanan akan lebih seronok untuk dimainkan, dengan ping-pong pass tidak lagi dapat dilakukan dengan terlalu kerap.

Pemain akan lebih berhati-hati dan melihat sekeliling terlebih dulu sebelum melakukan sebarang gerakan seterusnya, dan sekiranya pemain masih lagi melakukan gerakan yang terlalu pantas, pihak lawan akan lebih mudah untuk pintas (intercept) bola.

Perlu Lebih Mahir Menggelecek

Pemintasan bola yang lebih mudah ini berlaku apabila gameplay dan gerakan-gerakan pemain yang dikawal ini terasa lebih bebas dan ringan. Lebih smooth gitu. Ingin menggelecek terasa sedikit lebih sukar, namun apabila gerakan berjaya dilakukan, ia cukup memuaskan.

Erwan juga bersetuju soal kesukaran untuk menggelecek dalam PES 2018. Katanya, disebabkan bola tidak terlalu “melekat” kepada pemain, maka para pemain perlu belajar dan lebih mahir dalam melakukan gelecekan. Pemain akan lebih mudah untuk kehilangan bola jika tidak mengambil berat tentang skil menggelecek mereka.

Semua Pun Susah Lah!

Apabila tempo telah diperlahankan, ia akan memberi kesan domino kepada keseluruhan gameplay. Dan sistem passing juga nampaknya tidak terlepas dalam terkena tempias ini. Rusydi memberikan komen bahawa passing yang berjaya lebih sukar untuk dilakukan. Passing yang “ngam ngam” perlu dibiasakan kerana gerakan-gerakan pemain sangat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Kita Nantikan Versi Penuh Nanti!

Aksi kami semasa mencuba Co-Op Offline 2v2.

Itulah sedikit sebanyak tentang pandangan pertama PES 2018 yang dilontarkan oleh para pemain profesional PES dari NeST Gaming. Pastinya kami di JomGaming akan melakukan review yang lebih mendalam dan teliti apabila PES 2018 dikeluarkan kelak.

PES 2018 akan dilancarkan sepenuhnya pada 14 September 2017 di PS4, PS3, Xbox 360, Xbox One dan PC.

Kalau korang nak saksikan gelagat-gelagat para pemain ini mencuba versi demo PES 2018 bersama dengan JomGaming di NaGaming pada tempoh hari, korang boleh tonton dalam video di bawah.

Korang boleh lompat mengikut tempoh masa di bawah, dan pilih perlawanan yang mana ingin korang saksikan:

4:00 – Tengku Erwan vs Faiz Tobeng
23:00 – Mohamad Rusydi vs Zainul Ariffin
41:00 – Yazid Dragon vs Muhammad Shukry
56:00 – Yazid Dragon vs Faiz Tobeng
1:17:00 – Faiz Tobeng/Muhammad Shukry vs Tengku Erwan/Mohamad Rusydi
1:35:00 – Faiz Tobeng/Muhammad Shukry vs Zainul Ariffin/Fauzi Zaini

JomBaca: 6 Perkara Yang Diumumkan PES 2018 Di Gamescom – Trailer Baru, Senarai Lengkap Lesen, Tarikh Demo, Trailer Legends, NVIDIA Ansel

Comments

comments