Nampaknya keluaran terbaru PlatinumGames kali ini sememangnya mengujakan!

Dalam demo kali ini, pemain akan menggunakan watak YoRHa “2B” yang ditugaskan untuk memusnahkan Goliath – sebuah senjata gergasi dalam sebuah kilang yang terbiar. Rekaan persekitaran post-apocalyptic yang dipersembahkan sememangnya kelihatan menarik, namun begitu ianya agak linear – mungkin pilihan sesuai untuk sebuah demo.

Boleh dikelaskan sebagai action RPG, NieR: Automata terus membuktikan kebolehan PlatinumGames dalam membuat sistem kombat yang mantap. Kebolehan untuk dodge, counter dan combo jelas dibina dengan baik dan menarik kerana setiap serangan light atau heavy terasa padat. Aksi yang terpapar di skrin tidak akan membosankan terutamanya bila pemain sudah bijak mengatur strategi pertarungan.

Gameplay NieR: Automata juga tidaklah terhad pada aksi memenggal musuh-musuh robotik, ia juga menyelitkankan aksi menembak yang hampir menyerupai game Ikaruga tetapi dalam bentuk 3D. Ini adalah suatu ciri yang dipuji kerana ini memberikan cabaran yang segar dalam pertarungan-pertarungan yang dihadapi pemain.

Rekaan level bagi demo ini juga menarik, pemain akan berpindah dari aksi 3D action ke 2D platformer dalam transisi yang tidak janggal langsung! Sesuatu yang penulis sendiri jarang lihat dilakukan oleh developer masakini.

Berdasarkan pengalaman yang pendek tapi manis ini, penulis yakin NieR: Automata akan menjadi salah satu pesaing hebat untuk anugerah GOTY pada 2017 nanti. Tetapi, jangan percayakan review ini, download dan cuba demo ini sendiri! Harus diingatkan bahawa ianya untuk PSN Jepun.

Sejak diumumkan pada April, Square Enix telah berkongsi pelbagai screenshot serta gameplay untuk tontonan ramai. Pemilik-pemilik PS4 Pro juga telah dikhabarkan akan menerima fungsi istimewa untuk keluaran NieR: Automata ini kelak.

Bagi pengumpul-pengumbul Collector Edition, edisi Black Box telah diumumkan dan bakal didatangkan bersama figurin YoRHa “2B” setinggi 15cm.

Diumumkan di PlayStation Experience, NieR: Automata akan menemui pasaran antarabangsa pada 7 Mac nanti.

Comments

comments