Pada E3 2016 lalu, Ubisoft telah mengumumkan sebuah game sukan lasak di pergunungan salji, Steep. Hujung minggu lalu, kami telah mencuba versi beta-nya – ini pandangan kami.

steep-suka-duka-beta

Open World Yang Indah

Ubisoft membawakan kawasan pergunungan salji yang agak luas, terbuka dan sememangnya indah. Ia agak unik apabila sebuah game open-world yang hanya memfokuskan kawasan di pergunungan salji sahaja.

Konsep dan sistem open-world yang ditampilkan adalah boleh dikatakan sama dengan apa yang terdapat dalam game racing Ubisoft, The Crew. Memiliki kawasan seakan “tower” yang membuka lebih banyak challenge berdekatan. Dengan “tower” ini juga, kita boleh fast travel ke kawasan tersebut, dan lebih mudah serta cepat dalam memulakan mana-mana challenge berdekatan. Sama seperti The Crew juga, sambungan Internet sentiasa diperlukan untuk memainkan game ini kerana ia sentiasa berhubung dengan server Ubisoft.

steep-suka-duka-beta

Bersiar-siar dalam open-world game ini tanpa melakukan sebarang challenge juga boleh dikatakan sesuatu yang menghiburkan. Menikmati kawasan pergunungan salji bersama snowboard pastinya suatu pengalaman yang lain daripada yang lain dalam mana-mana game yang pernah penulis mainkan.

Gameplay Yang Menyeronokkan

Pastinya fokus utama Steep adalah bukan pada open-world-nya, tetapi pada gameplay apabila bermain challenge dan melakukan aksi-aksi lasak itu. Seperti kebanyakan game, gameplay yang ditampilkan dalam Steep adalah mudah untuk difahami, namun sukar untuk dimahirkan.

Mungkin dengan melakukan challenge yang memiliki difficulty easy, ia sememangnya mudah. Namun, apabila kita mula memainkan difficulty medium, sekurang-kurangnya, ia memerlukan latihan dan playtime yang lebih lama bagi memahirkan dan mendapatkan points yang diperlukan.

Terdapat 4 sukan yang anda boleh lakukan dalam game ini – iaitu snowboard, ski, parachute dan wingsuit. Secara asasnya, snowboard dan ski mempunyai gameplay, penyusunan butang dan tahap kepayahan yang sama. Yang membezakannya adalah bentuk gerakan apabila meluncur dan melompat di udara sahaja, yang tidak mempengaruhi gameplay pemain. Kedua-dua sukan ini adalah yang paling mudah dan menyeronokkan.

Parachute pula adalah sukan yang paling tenang kerana tempo yang lebih perlahan dan keupayaan kita dapat melihat kawasan-kawasan pergunungan salji dari pandangan udara. Namun, ia bukanlah semudah yang dilihat. Dengan challenge yang sengaja diletakkan di kawasan yang mempunyai banyak pokok serta laluan yang perlu ditempuhi di lereng-lereng bukit, fokus yang penuh perlu diberikan apabia bermain parachute ini. Ia bukan semudah gameplay parachute yang ditampilkan dalam GTA V.

Wingsuit pula adalah sukan yang paling unik dan paling sukar jika dibandingkan dengan 3 sukan yang lain itu. Dengan tempo yang cukup laju, ditambah dengan laluan yang perlu ditempuhi di celah-celah pokok dan tiang-tiang pencawang – ia membuatkan gameplay wingsuit sungguh mencabar. Terbabas dan tersilap sikit, “ciumlah” anda ke permukaan tanah/salji. Itu perkara biasa.

Customization Yang Menarik

steep-suka-duka-beta

Steep menampilkan konsep di mana hanya skill individu yang memainkan peranan terhadap kejayaan sesuatu challenge itu. Tiada progress yang ditampilkan untuk “mengasah” gameplay karakter pemain dalam melakukan aksi-aksi lasak itu.

Dengan itu, customization yang digunakan dalam Steep adalah bersifat kosmetik semata-mata. Walaupun pakaian, papan luncur, items dan gajet yang diberikan dalam versi beta ini tidaklah begitu banyak lagi, namun asas terhadap apa yang Ubisoft cuba lakukan dapat dilihat. Variasi bentuk dan corak terhadap customization ini yang hanya bersifat kosmetik bakal menarik perhatian ramai pemain. Pelbagai game di luar sana telah buktikannya.

steep-suka-duka-beta

Bermain Bersama Rakan

Penulis cuba untuk menyertai sesi rakan yang sedang bermain Steep, namun selepas percubaan beberapa kali, mesej “failed to join” sering dipaparkan. Lebih-lebih lagi, kekurangan rakan penulis yang mencuba versi beta ini merencatkan lagi niat penulis untuk mencuba bermain multiplayer.

Penulis tidak dapat mencuba sesi multiplayer-nya, namun sudah pasti game ini akan lebih seronok apabila bermain bersama rakan. Pasti ia akan lebih seronok apabila dapat melakukan challenge dengan serentak bersama rakan-rakan lain – memotong points antara satu sama lain bagi menduduki tangga teratas dalam kalangan rakan kita.

steep-suka-duka-beta

Mahukan pengalaman yang bertambah-tambah seronok dan seterusnya menarik minat para gamers ke satu tahap yang lebih tinggi? Ubisoft harus membawakan mode split-screen. Game ini bersifat santai dan ia sebenarnya membawakan satu pengalaman gameplay yang mungkin tidak dikeluarkan oleh mana-mana penerbit game AAA dalam beberapa tahun ke belakangan ini. Dengan membawakan mode split-screen, Ubisoft bakal mengembalikan pelbagai memori yang sangat jarang ditampilkan dalam mana-mana game AAA sebelum ini.

Ubisoft harus belajar daripada penarikan semula mode split-screen dalam For Honor, yang mana ia telah mengecewakan sebilangan besar para peminat yang menantikan game itu. Mereka pada mulanya mengumumkan bahawa For Honor akan menawarkan mode split-screen, sebelum ia ditarik semula, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Replay Mode Boleh Diperbaiki

steep-suka-duka-beta
Antara sudut kamera dalam Replay.

Ubisoft telah membawakan satu fungsi yang sangat baik, iaitu Replay yang mana kita boleh melihat semula aksi kita meluncur apabila sesuatu challenge itu tamat. Namun, ia menawarkan opsyen yang agak terhad dan tidak bebas, seperti sudut kamera yang tidak banyak dan ketiadaan opsyen untuk menutup semua HUD bagi mendapatkan screenshot yang lebih cantik.

Jadi, penulis berharap, dalam game penuh nanti, Ubisoft dapat menambahbaik Replay ini supaya para content creators di luar sana mampu menggunakan mode ini dan seterusnya mencipta screenshots dan video yang lebih bersifat cinematic.

steep-suka-duka-beta
HUD yang tidak dapat dibuang sepenuhnya.

Meningkatkan Replayability

Steep sememangnya sebuah game yang sangat menyeronokkan. Perasaan apabila meluncur laju menuruni tebing-tebing salji itu membuatkan penulis tidak senang duduk.

Namun, apa yang dirisaukan untuk game ini adalah bagaimana Ubisoft akan lakukan untuk membuat para pemain melekat untuk jangka masa yang panjang dalam game ini. Dalam kata lain, menambah aspek replayability.

Bermain beberapa jam sahaja pada hujung minggu lalu telah membuatkan penulis sudah mula tidak tahu ingin melakukan apa seterusnya mula bosan kerana beberapa challenge yang disediakan boleh dikatakan mirip dengan beberapa challenge yang lain. Mungkin ia akan berubah dalam game penuh kelak.

Sekali lagi penulis nyatakan, versi ini adalah masih dalam fasa beta. Segala kekurangan atau kelebihan mungkin akan berubah dalam versi game penuh nanti. Apakah perubahan yang bakal dibawakan Ubisoft? Sama-sama kita nantikan.

steep-suka-duka-beta

+ Open-world yang luas dan indah
+ Kawasan pergunungan salji yang cantik
+ Gameplay yang menyeronokkan dan santai
+ 4 sukan lasak yang memiliki gameplay yang bermacam
+ Customization yang menarik
+ Kehadiran mode Replay

Perlu sentiasa berhubung dengan server Ubisoft
Ketiadaan mode split-screen
Kekurangan opsyen dalam Replay

steep-suka-duka-beta

Comments

comments