EA telah menghidupkan kembali siri Battlefront apabila melancarkan pada tahun 2015 lalu. Pada tahun ini, sekuelnya pula akan dikeluarkan, menambah pelbagai kandungan yang lebih banyak.

Mereka telah memberikan percubaan secara terbuka untuk Star Wars Battlefront II (SWB2) kepada semua pemain dalam versi open beta. Kami telah mencubanya, jom kita tengok padanganan pertama game ini!

Kandungan Yang Ada Dalam Beta

Seperti versi pra-pelancaran yang dikeluarkan oleh mana-mana pembangun game, sesi open beta SWB2 turut tidak menampilkan kandungan penuh. Ia hanya memberikan sebahagian kecil sahaja daripada apa yang akan mereka bawakan ke dalam game penuh nanti.

Di bawah penulis akan bercerita tentang apakah kandungan yang ditampilkan ke dalam versi ini serta pandangan penulis mengenainya.

Galactic Assault

EA memberikan 3 game mode dalam Multiplayer, dan antaranya ialah Galactic Assault. Mode ini umpama gabungan mode Rush dan Conquest yang ada dalam siri Battlefield. Satu pihak akan cuba untuk mempertahankan istana, manakala satu pihak lagi akan menyerang.

Secara luarannya, ia mempunyai dua fasa, di mana fasa pertama Republic akan cuba menghalang kemaraan Trade Federation dengan memusnahkan tempat spawn musuh. Pemain perlu mengutip satu senjata khas untuk memusnahkan kenderaan tersebut kerana senjata biasa yang digunakan pemain tidak akan memberikan apa-apa kesan. Kemudian, Trade Federation akan mara ke dalam istana, mengawal beberapa kawasan dalam istana untuk mengesahkan kemenangan.

Mode ini merupakan mode yang paling besar dan paling ramai pemainnya, iaitu 20v20. Pelbagai kenderaan dan Hero ada dalam mode ini, membuatkan mode ini paling kompleks dan menjanjikan suasana peperangan yang paling tegang.

Walau bagaimanapun, bagi penulis, mode ini tetap terasa seperti sangat linear dan tidak seluas yang mana penulis harapkan. Mungkin kerana hanya satu map yang ditampilkan, iaitu di Naboo. Menarik untuk disaksikan apakah yang mode ini mampu bawakan dalam map yang lebih besar.

Starfighter Assault

Starfighter Assault adalah mode kedua yang ditampilkan dalam Multiplayer. Mode ini adalah mode 12v12 yang membawakan pertempuran di udara dengan segala fighter-fighter ikonik daripada universe Star Wars boleh dimainkan. Starfighter Assault bukanlah hanya ¬†“deathmatch”, tetapi memiliki objektif-objektif tertentu menarik yang perlu dilakukan untuk menang dalam mode ini.

Apa yang paling menarik tentang mode ini adalah ia bawa kita bertempur di ruang angkasa, sesuatu yang EA tidak bawakan semasa pelancaran SWB1 pada tahun 2015 (hanya ditampilkan dalam DLC). Bertempur menggunakan fighter-fighter ikonik Star Wars, dalam audio yang cukup mengagumkan di ruang angkasa sememangnya satu pengalaman yang sangat mengasyikkan.

Strike

Strike adalah mode ketiga dan terakhir yang dibawakan EA ke dalam Multiplayer versi beta ini. Ia adalah mode yang lebih kecil, membawakan hanya 8v8, dan tertumpu kepada infantri sahaja. Sekiranya korang biasa bermain dengan banyak game shooter, bermain mode ini pastinya mudah untuk difahami.

Ia adalah mode “capture the flag” dalam game ini. Satu pihak perlu mengambil satu objektif, membawanya ke satu tempat. Pihak lawan pula mudah tugasannya, iaitu menghalang pihak tadi daripada melakukannya. Cukup mudah.

Bagi penulis, ia adalah mode yang paling digemari. Dalam mode inilah kita boleh merasai gameplay infantri dan mekanisme menembak dengan lebih mendalam dan terperinci. Lebih-lebih lagi apabila tiada apa-apa kenderaan dan Hero untuk dimainkan, ia lebih seronok untuk dimainkan.

Arcade

Arcade adalah mode offline yang boleh dimainkan sama ada solo atau berdua (splitscreen) bersama rakan korang yang berada di sebelah. Sebagai game yang kasual, dan sebuah game Star Wars, iaitu satu francais gergasi yang dikenali oleh semua peringkat umur, mode splitscreen adalah sangat dialu-alukan.

Dengan kekurangan mode splitscreen di pasaran masakini, ia pastinya merupakan antara tarikan utama yang ditampilkan ke dalam game ini dengan beberapa mission singkat menarik yang boleh dilakukan.

Campaign

Ya, mode Campaign boleh di-klik dalam versi ini, namun semestinya ia tidak membenarkan kita bermain mode ini. Apabila kita klik Campaign, ia akan mempertontonkan kepada kita video trailer Story Campaign yang telah EA keluarkan pada akhir bulan lalu.

Daripada apa yang dapat kita lihat, babak ini mungkin adalah antara babak awal yang akan ditampilkan ke dalam story mode Star Wars Battlefront II. Ia menunjukkan, Iden Versio baru sahaja mendapat tahu tentang kematian Emperor dan apakah tugasan seterusnya yang perlu pasukannya lakukan.

Tidak Boleh Main Bersama Rakan

Satu-satunya isu besar yang membelenggu penulis semasa bermain versi beta ini adalah ketidakupayaan untuk pemain main bersama rakan-rakan yang lain. UI dan tempat untuk menghantar invitation kepada rakan-rakan itu ada, tetapi ia sering menyatakan “No Friends Online”, sedangkan ramai rakan penulis sedang bermain game ini.

Memberikan versi beta untuk Multiplayer tetapi tidak membenarkan pemain untuk cuba main bersama rakan-rakan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sehingga kini, penulis masih tidak tahu sama ada fungsi ini memang tidak dibawa ke dalam versi beta ini, atau ia sepatutnya ada tetapi mungkin terdapat masalah yang timbul.

Sepanjang hujung minggu lalu, penulis hanya bermain berseorangan dan tidak dapat squad-up bersama rakan-rakan.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, EA telah belajar daripada kesilapan, cuba membaikinya dan menjanjikan kandungan yang lebih mantap untuk SWB2 ini. Melalui lokasi, Hero, kenderaan dan infantri yang dibawakan dari tiga era Star Wars yang berbeza, pastinya game ini akan menjadi tarikan ramai pemain terutamanya para peminat tegar Star Wars.

Walau bagaimanapun, untuk menjadikan game ini dalam keadaaan yang baik, EA perlu berusaha lebih keras dengan pelancaran yang stabil. Fungsi yang tidak berjalan dengan baik seperti ketidaupayaan untuk main bersama rakan adalah sesuatu yang perlu diambil berat oleh EA.

Penulis masih ingat semasa pelancaran SWB1 pada tahun 2015 lalu, server yang disediakan EA agak tidak stabil dan pelbagai isu yang lain turut timbul. Kami tidak mahu perkara seperti ini lagi terjadi.

Bagi korang yang masih belum mencuba versi beta ini, EA telah melanjutkan sesi ini selama 2 hari. Korang boleh ketahui bilakah ia akan tamat sepenuhnya di sini.

Star Wars Battlefront II akan dilancarkan sepenuhnya pada 17 November 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments