Baru-baru ini, Bungie yang telah membuka dua sesi ujian beta untuk gamers mencuba sekuel yang sangat dinanti-nantikan, Destiny 2. Sesi demo untuk game konsol dan PC sudah berakhir, tetapi sini korang boleh bacalah pandangan kak Liza Langkasuka.

Menara Guardians Telah Hancur Berkecai!

Aspek ini bukannya terlalu mengejutkan. Ianya sudah banyak kali ditunjuk dalam pelbagai trailers dari Bungie dan beberapa laman web gaming, termasuklah JomGaming. Tidak kira sama ada kita adalah pemain Destiny dari Tahun 1 ataupun kinderGuardians yang baru bermula – Destiny 2 bermula dengan kemusnahan.

Ramai daripada kita terlalu fokus tentang apa yang ingin dibawa dari game 1 ke game 2, kita tidak sedar apa sebenarnya kita akan hilang apabila bandaraya The Last City dimusnahkan; kuasa Light itu sendiri.

“Sambutlah dunia tanpa sinaran cahaya.” – Dominus Ghaul, maharaja tentera Cabal.
Dengan huluran genggaman tangan, Ghaul telah berjaya di mana musuh-musuh Vex, Hive, dan Fallen telah gagal; dia merampas kuasa suci cahaya yang dimiliki oleh kaum manusia sejak zaman kedatangan Traveler.

Dunia tanpa kuasa suci nur adalah dunia tanpa Guardians. Ianya juga amat simbolik apabila Ghaul menolak saya dari kapal perangnya dan terus saya terjatuh ke tanah bumi. Dengan itu, Bungie bukan sahaja telah mendedahkan seorang antagonis yang amat dibenci, tetapi juga memupuk rasa kelemahan di hati gamer.

NPC juga mendapat lebih interaksi dengan gamers. Sini terlihat Lord Shaxx dari game pertama membantu korang sebelum bertarung dengan puak Cabal.

Dalam Destiny 1, gamers dipilih menjadi Guardians oleh robot-robot Ghost dan dikurniakan dengan kuasa Light. Dengan beberapa cutscene pembuka cerita di permulaan D2, gamers telah kembali menjadi manusia biasa yang lemah, kembali ke pangkat zero. Justeru, Bungie telah mengarang sebuah cerita yang memaksa Guardians membalas serangan Cabal demi menyelamatkan bandar dan Traveler.

Grafik

Selain dari misi pertama Homecoming, seni grafik D2 Beta boleh dilihat semasa bermain misi co-op PvE Strike, The Inverted Spire di planet kecik Nessus.

Tempat-tempat yang boleh diteroka dalam planet Nessus adalah lebih besar dan luas berbanding dengan planet Venus.

Sebilangan gamers termasuk saya berpendapat dunia Nessus adalah tidak banyak berbeza dari dunia Venus, dengan corak batu-bata ala Vex dan dipenuhi dengan hutan semulajadi. Tetapi boleh terlihat beberapa perbezaan terperinci dari corak dinamik aliran air terjun ‘susu Vex’ dan tekstur kemerahan flora tumbuh-tumbuhan.

Ini boleh didapati di beberapa tempat dalam misi tersebut, terutamanya di kawasan luas open-world yang boleh dijelajahi. Saya juga perasan tempat-tempat kawasan pertempuran terasa lebih luas dari dunia Venus. Terutamanya di tempat lubang penggalian Cabal, dengan gerudi gergasi yang amat pantas berputar dan boleh menghancur badan sampai berkecai.

Inilah padah apabila tidak mengambil perhatian pada putaran gerudi gergasi.

Oleh kerana D2 tidak dibatas dengan teknologi generasi lepas, Bungie memastikan game ini mengambil kesempatan penuh dengan tahap teknologi konsol dan PC terkini.

Gameplay Yang Best!

Antara perbezaan yang paling ketara dalam D2 Beta dari Destiny 1 adalah Class Ability. Class Ability adalah kebolehan spesifik bagi setiap class Guardians dan tidak bergantung kepada sub-class. Contohnya adalah apabila Titan membina dinding kebal dan Warlock memasang tempat healing atau empowering yang membantu ahli pasukan.

Ada dua jenis Class Ability bagi setiap Guardian. Sini seorang Titan membuka satu Towering Barricade.

Ini memberi banyak pilihan taktikal untuk gamers semasa penerokaan ataupun pertarungan. Seperti aksi melee dan bom tangan, kebolehan ini bergantung kepada kuasa recharge sendiri.

Gameplay Yang Boleh Diperbaiki!

Juga disertakan dalam D2 adalah pengubahsuaian pilihan senjata kepada Kinetic, Energy, dan Power. Dahulu adanya tiga jenis senjata yang berbeza dari segi kuasa elemen, dan jenis peluru.

Di D2, Guardians kini boleh melengkapkan diri dengan dua senapang sama jenis, contohnya dua handcannons atau dua sidearms. Manakala beberapa senapang yang dahulu diguna sebagai senjata kedua telah pula dimasukkan ke dalam slot ketiga, seperti snipers, shotguns, dan fusion.

Walaupun tidak disediakan dalam Beta, senjata-senjata Destiny 2 boleh dinaik taraf dengan menggunakan alat mods.

Pada pendapat saya, perubahan ini banyak memberi rasa perbezaan lebih dalam sesi PvP. Bungie menggalakkan gamer menggunakan senapang yang lebih setaraf sama daripada kelebihan senapang sniper atau shotgun. Saya amat suka dapat bertukar antara senapang handcannon dan scout rifle dalam PvP.

Sebaliknya, penggunaan dua senapang setaraf sama dalam sesi PvE tidak berapa seronok. Tanpa lengkapan yang lebih pelbagai, musuh-musuh boss menjadi lebih sukar untuk dihapuskan. Memang, boleh terasa boss terakhir banyak memakan peluru dalam misi The Inverted Spire.

Aduh Bungie! Cukuplah dengan boss PvE bullet-sponge![
Aduh Bungie! Cukuplah dengan boss PvE bullet-sponge![

Gameplay Yang Tak Best!

Semasa konsol Beta, Bungie telah menjelaskan bahawa D2 akan lebih menumpukan kepada kemahiran menggunakan senapang dari kelebihan kuasa aktif Guardian. Justeru, antara perubahan mekanik pada kuasa Super Guardian adalah kadar naik dan turun cas kuasa. Pada pendapat saya, perubahan ini amat kurang memuaskan hati.

Contohnya dalam mod PvP Control yang pantas beraksi. Dengan kadar kenaikkan kuasa Super yang agak lembab. banyak kali sesi PvP tamat sebelum saya berpeluang untuk menggunakan kuasa Super. Jika gamer akhirnya dapat membuka kuasa pun, dia hanya mempunyai beberapa saat sahaja untuk bertindak, oleh sebab kadar turun cas Super terlalu cepat.

Setiap Guardian mempunyai satu sub-class dimana kuasa Super telah diperbaharui. Sini bukannya Sunsinger Warlock, tetapi seorang pahlawan Dawnblade!

Perubahan ini juga amat ketara dalam misi PvE Strike, di mana gamers sudah pun terbatas dengan pengubahsuaian senapang.

Perubahan yang Dilihat dalam PC Beta

Sewaktu artikel ini ditulis, Bungie telah menerima banyak sambutan dan feedback hebat dari gamers semasa konsol Beta. Justeru, beberapa perubahan telah masukkan seperti:

  • Cas Super meningkat dengan lebih cepat.
  • Dalam sesi PvP, masa untuk Power ammo dikeluarkan adalah lebih singkat.
  • Dalam misi Homecoming, turbin panas kedua yang celaka telah dikeluarkan.
Saya boleh menghapuskan beratus-ratus musuh Cabal tetapi bia berhadapan dua pusingan turbine panas, memang masaklah saya.

Kesimpulan

Berbeza dari Destiny 1 Beta tiga tahun lalu, Bungie kurang menyediakan banyak misi PvE atau pelbagai jenis peta PvP dalam sesi beta. Walau bagaimanapun, Bungie juga telah mengesyorkan bahawa kandungan jalan cerita adalah jauh lebih luas, gameplay lebih maju, dan dunia penerokaan yang jauh lebih luas berbanding dengan game pertama.

Dengan tamatnya demo untuk konsol dan PC, tinggal hanya game penuh yang dinanti-nantikan! Destiny 2 akan dipasarkan di PS4 dan Xbox One pada 6 September, dan di PC pada 24 Oktober 2017.

Pembukaan misi: Homecoming
Misi co-op multiplayer: The Inverted Spire
Mod/Peta PvP Crucible di Beta Konsol: Control (Endless Vale), Countdown (Midtown)
Mod/Peta PvP Crucible di Beta PC: Control (Javelin-4), Countdown (Midtown)
Peta meneroka: Tiada
Subclass Hunter: Arcstrider, Gunslinger
Subclass Titan: Sentinel, Striker
Subclass Warlock: Dawnblade, Voidwalker
Tempat sosial: The Farm
Emotes: Empat emote tarian mengikut bangsa (Human/Awoken/Exo), emote duduk, emote jari menunjuk, dan emote lambai tangan
Hasil penyertaan Beta: Satu emblem khas dalam game penuh Destiny 2

Comments

comments