Selepas beberapa siri Call of Duty dengan latar belakang futuristik, siri game ini kembali ke Perang Dunia Kedua (WWII). Adakah ini keputusan yang bijak daripada Activision?

Dalam segmen Suka Duka Beta kali ini, JomGaming akan membawakan sedikit kelainan. Kami akan menulis review untuk versi beta ini berdasarkan pandangan yang dilontarkan oleh sekumpulan pemain.

Call of Duty Malaysia – Komuniti Kompetitif Call of Duty

Siapakah mereka? Kami telah duduk dan bersembang dengan bukan calang-calang orang dalam komuniti CoD, iaitu Call of Duty Malaysia – CWL, peneraju utama kepada acara-acara Call of Duty seperti pertandingan yang ada di Malaysia.

Sekiranya korang tidak kenal, merekalah yang mengurus para pemain Malaysia dan Singapura yang bertanding dalam Call of Duty World League Sydney Open – sebuah kejohanan utama peringkat Asia Pasifik untuk musim Call of Duty: Infinite Warfare.

Apa Yang Ada Dalam CoD Kali Ini?

Untuk siri CoD pada tahun ini, Sledgehammer telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkannya. Kepada korang yang tidak tahu, Activision pada setiap siri CoD yang dikeluarkan, ia akan bertukar-tukar tangan pembangun antara tiga developer, iaitu Infinity Ward, Sledgehammer Games dan Treyarch.

Secara ringkas, CoD: WWII menggunakan latar belakang Perang Dunia Kedua, atau lebih spesifiknya, peperangan antara pihak Jerman dan Amerika. Dan semestinya apabila tema WWII yang digunakan, gameplaynya adalah “boots on the ground”, bermakna tiada jetpack atau wall-run yang sering mewarnai siri CoD sejak beberapa tahun belakangan ini.

Seperti kelaziman untuk mana-mana versi beta, ia hanya membawakan mode multiplayer, dan story campaign masih belum dapat kita cuba.

Tanpa melengahkan masa, jom kita dengarkan apa pandangan daripada Megat ‘MDIPlaya’ Izmeer, pengasas Call of Duty Malaysia dan Abdul ‘FPSRanger’ Hakiem, pemain CoD profesional daripada Call of Duty Malaysia mengenai versi Beta Call of Duty: WWII.

Gameplay

Perubahan paling utama bagi CoD WWII adalah ketiadaan wallrun, double jump, dan jetpack. Ini meletakkan gamer kasual dan gamers profesional di medan perang yang setaraf– tiada lagi gamer kasual dibuli oleh gamer profesional yang melayang-layang di udara kerana mahir menggunakan skil-skill moden tersebut.

Bagaimanapun, teknik dolphine dive kembali lagi! Gamer yang melakukan jumpshot (melompat ketika gunfight) lebih cepat membunuh apabila berhadapan mereka yang dropshot (meniarap dan menembak ketika gunfight).

Oleh kerana semua karakter bersaiz sama, maka hitbox semua karakter adalah sama besar – tiada lagi karakter-karakter halus dengan hitbox yang kevil melampau- Payah nak membunuhnya!

Netcode game ini juga lebih baik daripada CoD:IW – menjadikan WWII versi paling asas tapi paling sesuai untuk scene kompetitif CoD.

Beta WWII kali ini hanya menampilkan 5 game mode iaitu TDM, Domination (sesuai untuk pemain casual), Hardpoint (sesuai untuk pemain kompetitif), War (game mode ala escort payload dalam Overwatch) dan Moshpit (mode map random)

Dan terdapat 3 map iaitu Gibraltar (pangkalan tentera), Pointe du Hoc (map bersalji) dan Ardennes Forest (map hutan). Dari segi design, ianya seperti CoD: World At War yang telah di-remaster dengan map layout yang hampir sama dan grafik yang lebih diperbaharui dan padu.

Senjata-senjata yang ditampilkan pula agak menepati zaman perang Dunia Kedua dengan recoil system yang mengikuti senjata tersebut di dunia sebenar.  Pilihan attachment yang tidak menepati zaman pula seperti silencer, Red Dot Sight, Rapid Fire, Advanced Rifling dan sebagainya seperti mencacatkan sedikit pengalaman – tetapi demi kegunaan di dalam acara esports, kitorang faham kenapa ianya diadakan di dalam game.

Oleh kerana ianya masih di peringkat Beta, terdapat beberapa senjata yang amatlah overpowered (OP) seperti AR STG-44 dan SMG PPSH-43. jadi, kitorang yakin game ini akan di-balance lagi.

Terdapat Class System yang lebih mudah tetapi terasa playstyle disekat dan limited. Perk System telah diubah dan dibahagikan ke dalam Basic Training, attachment senjata, dan division. Ini mungkin menyukarkan veteran CoD kompetitif untuk memilih loadout yang efisyen.

Grafik

Palet warna yang dibawakan dalam CoD:WWII kelihatan lebih meriah berbanding warna pasca-apokalips CoD:IW yang suram dan kelam. Dari aspek art direction, WWII lebih menghampiri CoD:Ghost dengan susunan map, rona warna dan rekaan grafik nya. Model-model karakter dan tekstur in-game juga tampak lebih terperinci.

Enjin game juga kelihatan lebih berkuasa, kerana apa yang dipamerkan di dalam trailer adalah apa yang dapat di dalam game. Pada pendapat kami, grafik WWII boleh menyaingi grafik yang ditampilkan di dalam Battlefield 1.

Bunyian

Rekaan bunyi terutamanya bunyi senjata adalah sangat baik, atau kata orang, memang on point. Bunyi-bunyi bom tangan dan senjata seperti M1 Garand, semasa reload, muzzle dan letusan sememangnya sangat kemas.

Bunyi tembakan senjata juga berubah mengikut lokasi, sama ada di kawasan terbuka atau bilik/terowong tertutup – iaitu satu rekaan yang mula dibangunkan sejak CoD: Black Ops 3.

Apabila berjaya melakukan scorestreak, korang akan dapat melepaskanGlide Bomb dengan bunyian drop dan letupan yang sangat realistik.

Suara dan dialog karakter pasukan serta musuh sangat terperinci. Nak lagi best? Gunakanlah headset 7.1 surround sound dan korang akan lebih hargai rekaan bunyi yang ada dalam CoD: WWII.

Walau bagaimanapun WWII tidaklah pula segalanya sempurna dari aspek audio. Bunyian tembakan pada pistol dan senjata dengan silencer yang tidak wujud pada zamannya, kedengaran pelik. Tambahan lagi, karakter-karakter ingame melakukan callouts automatik yang boleh menjadi isu di dalam pertandingan yang mementingkan stealth dan serangan mengejut. Kitorang harap ada option untuk memadamkan callout automatik ini bagi pertandingan esports.

Esport

Adakah CoD:WWII akan diterima oleh komuniti esports CoD? Ya, 100%. Sebab ianya kembali menyatukan players kasual dan profesional dalam level playing ground. Tiada lagi wallrun, jetpack digunakan pemain pro untuk membuli pemain kasual.

Dengan versi CoD yang lebih mesra pemain baru ini, kitorang di Call of Duty Malaysia berhasrat untuk mengadakan lebih banyak workshop dan tutorial online bagi membina komuniti CoD yang lebih meriah. nantikan content-content berbahasa Malaysia daripada kitorang untuk komuniti gaming akan datang.

Comments

comments