Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Begitu jugalah dengan studio yang berpangkalan di Kanada ini.

sleeping-dogs

Menurut laporan Kotaku, United Front Games, studio yang terkenal membangunkan Sleeping Dogs, kini telah menutup syarikat mereka. Dan ia dikatakan adalah satu keputusan yang agak mengejut.

Studio tersebut sebelum ini sedang membangunkan Smash+Grab, sebuah game online terbaru yang bertemakan “gang warfare”, di mana ia hanya sempat memasuki fasa Early Access. Game ini juga baru sahaja tamat free weekend di Steam. Kini, Smash+Grab tidak lagi boleh diakses di Steam selepas langkah penutupan studio ini.

Antara game lain yang pernah mereka bangunkan adalah dua game racing di PS3, iaitu ModNation Racers dan LittleBigPlanet Karting. Selain itu, mereka turut membantu dalam Tomb Raider: Definitive Edition, Halo: The Master Chief Collection dan Disney Infinity 3.0.