Steam Edition akan mempertengahkan beberapa ciri baru bagi game strategi klasik ini!

Stronghold 2 adalah sebuah game strategi yang asalnya diterbitkan pada tahun 2005 kini telah dipakejkan semula sebagai Steam edition. Selain menaik-taraf kualiti visual, terbitan semula ini memasukkan fungsi tambahan seperti Steam Workshop dan mode multiplayer! FireFly Studios turut menambah 6 map baru dalam edisi bagi Steam ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba atau kembali ke siri ini, Stronghold 2: Steam Edition boleh didapati pada harga RM31 dan buat masa yang terhad, diskaun sebanyak 15% telah diberikan (RM26.35).

Comments

comments