SFV2

Bagi korang-korang yang dapat invite Beta SFV, congrats! Ramai jugak yang komplen tak dapat masuk sehinggakan kakitangan Capcom, Peter “Combofiend” Rosas terpaksa mengumumkan Beta SFV terpaksa dihentikan sehingga diberitahu kelak. Jangan risau, Combofiend menjanjikan 3 fasa Beta yang lebih mantap bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, so kita tunggu aje, OK?

Walaupun Beta SFV yang pertama ini cuma selama beberapa hari, beberapa fighters telah mengeluarkan video-video kombo basic, teknik Crush Counter dan macam-macam lagi teknik pertarungan dengan kombo yang panjang lagi ohsem! Jom kita layan!

Kita mulakan sesi kombo kita dengan video daripada master combo SF sepanjang zaman, Desk!

Cuba korang tengok beberapa kombo Ryu menggunakan sistem Crush Counter yang gile hype! Lagi best, fighter Winterfox’s 801 Strider jugak share combo Ryu yang turut menggunakan sistem Crush Counter yang disudahi dengan V-Trigger dan Denjin Hadoken untuk damage yang gilbabs!

Then, Kevin “Burnout Fighter” Kim, fighter dari Australia pulak tunjuk skill dia menggunakan Nash! A few kombo basic bread & butter Nash termasuk V-Trigger Sonic Move juga dilakukan bagi memanjangkan kombo.Cun gile!

Sorang lagi fighter yang menggunakan Nash, Maximilian pulak kongsi video kombo dengan damage sehingga 65% menggunakan V-Trigger dan Critical Art!

Next kitorang ada video dari Urichinan. Video pertama mempamerkan kombo corner bagi Chun Li menggunakan V-Trigger dan EX Kikonen untuk kombo yang lebih panjang!

Video kedua pula Urichinan menggunakan Cammy dengan kombo bread & butter yang dilanjutkan dengan menggunakan V-Trigger! Sapa yang sukakan pertarungan gadis berbikini ini pasti akan gatal tangan ingin mencubanya!

Dan fighter terakhir yang kitorang tengok bernama Honzo Gonzo. Video beliau mempamerkan beberapa kombo Cammy yang hampir sama dengan Urichinan.

Tambahan lagi, Honzo Gonzo juga berkongsi setup memecahkan corner guard bagi Ryu, dan video terakhir dari beliau mempamerkan setup okizeme menggunakan V-Skill Banana Peel bagi Birdie!

Amacam, hype tak korang bila tengok apa yang possible dalam SFV nanti? Kitorang tak sabar nak try a few kombo-kombo nih nanti! First, kene cari fightstick untuk PS4 lah! Come on Capcom, bagilah kitorang pakai fightstick PS3! Please!

 

Glosari Street Fighter V

BnB, Bread and Butter: Basic kombo sesuatu character yang wajib diketahui. Belajar nih, sebelom belajar kombo-kombo yang lebih advanced.

V-Skill: Sama seperti Focus Attack di dalam SF4, korang perlu menekan Med.P + Med. K sekaligus untuk activate V-Skill so that korang boleh absorb satu hit. Setiap hit yang berjaya diabsorb menggunakan V-Skill akan menaikkan meter V-Gauge korang.

V-Gauge: Apabila anda mendapat hit ataupun berjaya menggunakan V-Skill, meter V-Gauge akan mula dipenuhi. Separuh meter membolehkan anda mengunakan V-Reversal, meter yang penuh pula, V-Trigger.

V-Reversal: Gerakkan char anda kehadapan sambil menekan kesemua Punch atau kesemua Kick untuk activate counter attack V-Reversal. Sama seperti Alpha Counter di dalam siri Street Fighter Alpha.

V-Trigger: Tekan kedua-dua butang heavy Punch + Heavy Kick untuk activate V-Trigger. Setiap character memiliki V-Trigger yang berbeza – power-up ataupun move yang lebih berkuasa untuk anda jadikan advantage merubah hala pertarungan.

Critical Art: Sama seperti Super di dalam SF4, korang boleh activate Critical Art apabila meter Super Combo penuh.

Crush Counter: Sama seperti counter hit di dalam SF4, Crush Counter cuma boleh dilakukan dengan hanya menggunakan heavy attack semasa lawan berada di dalam start-up frames. Hitstun yang tinggi membolehkan anda dash kehadapan ataupun grab!

Oki, Okizeme: Teknik attacking lawan yang sudah down/terbaring. Teknik ini dilakukan dengan tujuan untuk anda memberikan pressure kepada lawan dengan rush, vortex attack tanpa henti dan lain-lain lagi.

 

Comments

comments