Bakat terpendam anda dalam Street Fighter V bukanlah untuk disimpan – serlahkan bakat anda sekarang!

Berita baik untuk para pemain amatur Street Fighter V (SFV). Malaysian Fighting Game Community (Malaysia FGC) bakal menganjurkan Amateur Cup Qualifiers, di mana 8 pemain terbaik daripada siri kelayakan ini bakal berentap di Amateur Cup Grand Final semasa Flash Vision (FV) Cup 2017.

Untuk membuatkan anda layak berada di kelompok 8 pemain terbaik ini, anda perlu menyertai beberapa siri kelayakan (offline dan online) bagi mengumpulkan mata yang sebanyak mungkin bagi menduduki ranking 8 teratas. Berikut adalah jadual; tarikh dan lokasi di mana Amateur Cup Qualifiers bakal diadakan:

15 Januari 2017Geek Empire
19 Februari 2017GamesBond Kota Damansara
19 Mac 2017Geek Empire
31 Mac 2017 – Online 1
16 April 2017Gamesbond Cheras
28 April 2017 – Online 2
21 Mei 2017Geek Empire
18 Jun 2017Gamesbond Kota Damansara
24 Jun 2017 – Online 3
23 Julai 2017Geek Empire
20 Ogos 2017Gamesbond Cheras
26 Ogos 2017 – Online 4

Anda boleh layari Facebook Geek Empire dan Gamesbond untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap siri Amateur Cup Qualifiers ini. Yuran kemasukan untuk setiap siri Amateur Cup Qualifiers ini adalah RM20.

Setiap 8 pemain terbaik daripada setiap siri Amateur Cup Qualifierbs ini bakal memperoleh jumlah mata seperti berikut, di mana ia bakal mempengaruhi ranking keseluruhan untuk layak ke Amateur Cup Grand Final kelak:
Pertama – 10 mata
Kedua – 8 mata
Ketiga – 6 mata
Keempat – 4 mata
Kelima – 3 mata
Ketujuh – 2 mata

Untuk lebih menaikkan semangat anda untuk menyertai Amateur Cup Qualifiers ini, berikut adalah hadiah-hadiah bakal ditawarkan dalam setiap siri kelayakan ini (offline dan online):
– Juara – Medal dan Armaggeddon Gaming Headphone
– Naib Juara – Medal + Gaming Headphone
– Tempat Ketiga – Medal + Tshirt

Jangan risau sekiranya anda gementar untuk bertemu dengan pemain-pemain handalan SFV, kerana para pemain profesional yang memiliki tajaan adalah tidak dibenarkan untuk menyertai.

Dan semestinya, acara yang anda nanti-nantikan, Amateur Cup Grand Final pula apa hadiah kemenangannya? Berikut adalah hadiah yang bakal menjadi rebutan 8 pemain SFV terbaik setelah menjalani siri kelayakan ini:

  • Juara:
    1 tahun kontrak bersama Team FV + RM1,000 tunai + ViewSonic Monitor + Armaggeddon Gaming headset + trofi FV Amateur Cup
  • Naib Juara:
    RM500 tunai + ViewSonic Monitor + Armaggeddon Gaming headset + medal FV Amateur Cup
  • Tempat Ketiga:
    ViewSonic Monitor + Armaggeddon Gaming headset + RM300 tunai + medal FV Amateur Cup
  • Tempat Keempat:
    RM200 tunai + Armaggeddon Gaming headset
  • Tempat Kelima hingga Kelapan:
    RM100 tunai + Armaggeddon Gaming headset

Alt Text

Amacam? Berminat tak? Kalau nak, segeralah mendaftarkan nama korang! Macamana?

  1. Hubungi Johnny Tan dengan maklumat berikut:
    Nama:
    IC:
    Email
    No tel:
    Game tag/ID:
  2. Bayarkan yuran penyertaan sebanyak RM20 ke akaun berikut:
    Tan Kiat Chuan
    Maybank
    114579936983
  3. PM Johnny Tan dengan salinan resit ataupun penyata bank. Korang juga boleh Whatsapp beliau di 016-6667232.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda persembahkan segala bakat SFV yang terpendam sejak sekian lama itu!

Comments

comments