Penerbit siri Street Fighter Yoshinori Ono acah-acah berkenaan ‘surprise’ bagi meraikan ulangtahun ke-30 Street Fighter di Comic-Con ataupun E3 tahun ini!

Apabila ditanya bagaimana Capcom akan meraikan ulangtahun francais tersebut, Ono menjawab, “Dalam tempoh E3 (13 – 15 Jun 2017), mungkin juga San Diego Comic Con (20 – 23 Julai 2017), kami mungkin mempunyai satu atau dua kejutan bagi peminat-peminat kami.”

 

Sambutan ulangtahun ke-30 Street Fighter telahpun dimulakan dengan pengumuman Ultra Street Fighter 2 bagi Nintendo Switch. Ono tidak mengulas lanjut berkenaan kejutan tersebut, tetapi berkata, “Yang pasti kejutan-kejutan tersebut bukanlah Rival Schools.”

Semestinya peminat mula berspekulasi. Antara yang paling popular adalah, disebabkan ianya mungkin diumumkan di San Diego Comic Con, mungkin Capcom akan mengumumkan sesuatu bagi Marvel vs Capcom Infinite! Yang pasti, kalau Ono umumkan Fight Money 100 juta untuk Street Fighter 5 pun kitorang dah bahagia.

Comments

comments