Technically, lepas korang download patch tengah malam nanti lah. So, mula besok? LOL

Yang pastinya ramai fighters yang ternanti-nantikan Season 2 ini, termasuklah kitorang di JomGaming! Season 2 dimulakan dengan pengenalan karakter terbaru bagi SFV iaitu Akuma!

Akuma akan hadir bersama story, dan costume battle dan nostalgia. Ada juga Season 2 Character Pass yang korang boleh dapatkan pada harga RM105 di PlayStation Store (harga belum diumumkan di Steam bagi SFV PC) – dan korang akan mendapat Akuma beserta 5 lagi karakter baru termasuk kostum mereka dan PS4 theme.

Perubahan Dalam Game

Terdapat beberapa balance changes yang disenaraikan Camcom di dalam .pdf yang panjang ini, jadi jom kita tengok perubahan-perubahan utama. (Kalau nak tahu perubahan per karakter, bacalah pdf tuh ye)

– Shoryuken dan moves yang ada invincible frames telah diubah.
Normal throws telah diubah, terutamanya bagi karakter yang boleh buat throw loops di tepi stage.
– Kerana perubahan ini, karakter dengan capaian lebih jauh dan frame advantage seperti menerima buff, jadi Capcom telah buff serangan normal bagi kesemua karakter.

Di samping itu, Capcom nampaknya akan benar-benar menjatuhkan hukuman kepada ragequitters. Sebelum ini, ragequitters akan kehilangan League Points dan dihalang daripada menyertai online matchmaking. Season 2 akan menyaksikan hukuman-hukuman berikut:

1. Matchmaking Update – Players yang kerap disconnect/ragequit akan dipadankan dengan fighters yang juga kerap disconnect/ragequit. Sebaliknya, fighters yang gagah berlawan sehingga ke akhir match akan dipadankan dengan fighters yang sama.

2. Player Icon Profile – Kedua-dua jenis fighters ini akan mendapat ikon istimewa di Fighter Profile mereka. Kalau ragequit tuh, pasti ada ikon memalukan di Figher Profile nanti. Hehe

3. League Points Deduction – Setiapkali seorang fighter disconnect (ehem) dari suatu perlawanan, League Points akan ditolak seperti telah kalah dalam perlawanan tersebut.

Selain itu, sempena sambutan Krismas nih, Capcom juga telah menghasilkan Christmas Costume DLC yang boleh korang dapatkan nanti. Kitorang tak sabar nak dapatkan kostum Karin tu.

Comments

comments